Thursday, December 24, 2009

Jangan Berdebar dan Relax-Relax Ajelah.....


Pasti pada pagi ini ada yang masih berdebar-debar. Maklumlah, keputusan PMR akan diketahui sebentar lagi. Pasti pelbagai ragam ibu bapa dan anak-anak mereka dapat dirakamkan sebentar lagi. Pasti ada yang menangis dan berduka, pasti ada yang ceria dan tersenyum lebar sambil terlompat-lompat, pasti ada yang relax saja. 

Saya pun hendak ke sekolah sebentar lagi untuk merakamkan apa yang boleh dilihat dan dipertontonkan oleh ibu bapa, anak mereka dan diri saya sendiri serta anak saya yang juga akan melihat keputusan peperiksaannya.



Kepada ibu bapa yang anaknya mendapat keputusan cemerlang dalam PMR, saya ucapkan tahniah! Kepada yang keputusannya 'biasa-biasa aje' dan cukup makan saja, terimalah keputusan itu seadanya. Janganlah melenting kepada anak kerana gagal menggapai impian ibu ayahnya. Tidak mencapai keputusan cemerlang hari ini tidak bermakna kegagalan di masa depan. Masa depan mereka masih jauh. Dan Allah masih mengiringi perjalanan hidup kita.


Kepada ibu bapa yang sedang bersedia untuk ke sekolah atau membiarkan anak mereka mengambil sendiri keputusan PMR, jangan berdebar-debar.  Relax-relax ajelah. Terimalah apa pun keputusan PMR anak anda dengan rasa kesyukuran....


~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.