Thursday, December 10, 2009

Jangan Tuduh Najib Sebarangan!!

cheers-najib1


Antara gambar-gambar paling menarik hari ini ialah gambar Najib bersama PM Thailand, Abhisit di satu majlis jamuan formal dalam rangka lawatan Najib ke Thailand baru-baru ini. Apabila kedua-duanya melakukan aksi 'yam seng',  maka banyaklah komen yang keluar dalam pelbagai blog. Ada yang kata Najib tidak patut minum minuman keras dalam majlis seumpama itu (kalau gitu, minum diam-diam dalam rumah tak apalah?). Ada pula yang kata, bila balik ke negara ini Najib patut disebat seperti Kartika. 


Tapi ada pula yang mempertikaikan gambar itu: benarkah najib sedang minum air setan? Mungkin dia sedang minum air asam atau air teh pekat atau air halia atau air kelapa merah yang menyerupai air setan? Ada pula yang kata, mungkin benar Najib memegang piala berisi air anggur masam, tapi siapa dapat buktikan dia benar-benar meminumnya? Dia mungkin memegang piala berisi air setan untuk diambil gambar saja, tapi tidak meneguknya!


Saya tidak mahu komen banyak isu pasal gambar itu. Kadang-kadang tanpa gambar pun kita boleh kata macam-macam, apa lagilah bila ada gambar. Mana pernah ada gambar Anwar Ibrahim sedang meliwat pemandunya, Azizan, tapi Dr Mahathir dan ramai orang Melayu yang percaya cerita itu. Mana ada gambar Anwar sedang meliwat Saiful, tapi ramai blogger Umno yang berkata macam-macam kepada Anwar. 

Tapi dalam kes Najib di Thailand ini, ada gambar. Jika tanpa gambar pun orang boleh percaya, apa lagilah jika ada gambar.


Tapi untuk berbaik sangka, kita boleh katakan Najib cuma pegang piala berisi minuman seperti arak, tapi tidak meminumnya atau piala itu cuma berisi teh ais pekat. Seperti juga bila melihat gambar lelaki dan wanita berbogel dalam sebuah kamar samar, untuk bersangka baik, kita boleh katakan pasangan itu tidak melakukan maksiat, tapi cuma sembang-sembang kosong . Tidak salah kan, lelaki perempuan berbogel dalam bilik, jika hanya untuk suka-suka dan bersembang kosong?


Jangan berprasangka buruk kepada Najib. Dan jangan bandingkan Najib dengan Kartika, kerana gambar Kartika minum arak belum tersiar dalam mana-mana blog!!

~ pendikar gunung kriang

1 comment:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.