Saturday, December 12, 2009

Malaysia 2 Thai 0, Salah Pengadil Juga Ke?

 
 
Biasanya  berita sukan dalam Berita Perdana RTM  jam 8 malam akan disiarkan di hujung  rancangan. Tapi malam tadi, kerana terlalu gembira barangkali dengan keputusan  pasukan bolasepak Malaysia menewaskan Thailand 2-1, berita itu disiarkan di awal rancangan.

Sebagai rakyat Malaysia yang meminati bola, saya juga tumpang gembira dengan kabar itu. Cuma bila melihat TV, teringat saya reaksi kem bolasepak negara ketika kita tewas kepada Vietnam tempoh hari. Lalu jurulatih pasukan, K.Rajagopal menyalahkan pengadil atas kekalahan terhadap Vietnam  ketika itu.
 
Tapi petang kelmarin, skripnya berbeza: Malaysia menang dengan Thailand. Saya hendak tanya Rajagopal: Malaysia menang kerana salah pengadil juga ke?
 
~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.