Tuesday, December 1, 2009

Muhyiddin, Lembut & WanginyaTangan Artis Wanita Tu, Kan?

 
Gambar Foto Bernama di atas memaparkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua,kanan) bersalaman dengan para pelakon Teater Muzikal Natrah (dari kiri) Umie Aida, Maya Karin, Remy Ishak serta pengarahnya Erma Fatima sewaktu hadir menyaksikan pementasan perdana teater tersebut di Istana Budaya di sini, malam tadi. Teater Natrah arahan Erma Fatima, dipentaskan mulai hari ini hingga 9 Disember.

Kelmarin, dari tengahari hingga malam, TV menyiarkan berita mengenai kecaman Muhyiddin terhadap TG Nik Aziz yang katanya melakukan sesuatu yang salah dari segi hukum agama kerana berniat untuk mendoakan sesuatu yang tidak baik terhadap Datuk Seri Najib dan Umno. Gaya cakap Muhyiddin ketika itu seperti dia seorang ustaz yang penuh keyakinan terhadap hukum-hakam Islam.


Cuma satu saya nak tanya dengan Muhyiddin: apa hukum bersalaman dengan perempuan bukan muhrim? Jika berdoa itu berdosa, bersalaman dengan perempuan bukan muhrim dapat pahalakah?


Seorang rakan saya pernah berkata tangan artis wanita kita sangat lembut dan wangi. Betulkah Muhyiddin?


~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.