Thursday, December 17, 2009

Najib, Tok Sah Lah Dok Jilat Pungkoq Obama Lama-lama!!



Sekali lagi Dr Mahathir mencemuh anak emasnya, Dato Seri Najib dalam artikel terbaru di blognya. Kali ini mengenai isu nuklear Iran. Ia berkaitan berita Perwakilan Tetap kita di Vienna dipanggil pulang ke Kuala Lumpur kerana kerajaan tidak berpuashati beliau mengundi menentang resolusi Amerika terhadap Iran. Malaysia bersama Venuezela dan Cuba menentang resolusi Amerika dan Najib yang suka menjilat Amerika itu tidak berpuashati dengan tindakan perwakilan Malaysia yang sepatutnya menyokong Amerika untuk mengganyang Iran.


Dr Mahathir ternyata kecewa dengan tindakan kerajaan Malaysia yang terus membodek Amerika.   Katanya dahulu kita pertahan negara-negara yang ditindas Amerika, sekarang kita sokong Amerika menindas Iran.

Walaupun dalam banyak hal, saya tidak sependapat dengan Dr Mahathir, tetapi dalam isu nuklear Iran dan tindakan bangang regim Najib yang terus menjilat bontot  @ pungkoq Obama itu, saya menyokong Dr Mahathir. Najib perlu sedar, untuk menjadi negara yang dihormati, kita perlu ada pendirian sendiri. Tidak payahlah menjadi hero dalam negeri tapi kecut teloq bila berhadapan dengan kuasa besar. Kita perlu berani menegakkan kebenaran. Kita perlu tunjukkan kepada masyarakat dunia, walaupun negara ini bersaiz kecil, tapi semangat kita tidak kecil. 


Najib tidak boleh menjilat bontot @ pungkoq Obama lama-lama. Jangan terlalu difikir tentang peluang pelaburan Amerika di Malaysia, kerana pelabur Amerika bukannya bangang sangat yang menjilat semua arahan ketua mereka. Jika Obama tak betul, Najib perlu berani untuk menendang pungkoq Obama, bukannya terus menjilatnya lama-lama!

~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.