Saturday, December 12, 2009

Nazri dan Ong Tee Keat Pun Macam Jamban Juga!!







tandas pun lebih bersih dari menteri yang jaga tandas!



Di utara tanah air, orang macam  Nazri Aziz, Menteri di JPM itu dipanggil orang mulut hebeaq atau dalam bahasa baku kita kata mulut celupar. Baru tak sampai seminggu dia berperang saudara dengan Dr Mahathir yang juga bapa mulut hebeaq, kelmarin kenyataan Nazri mengenai perkhidmtan teksi mengundang amarah pemandu teksi. Ia gara-gara kenyataan Nazri yang dikatakan menyamakan perkhidmatan teksi dengan tandas. Akibatnya pemandu-pemandu teksi di Lembah Klang mendesak Nazri menarik balik kenyataannya itu. Mereka juga akan mengemukakan satu memorandum bantahan kepada PM 1Malaysia kerana rasa terhina dengan kenyaataan Nazri.


Segalanya bermula apabila Nazri pada 9 Disember lepas berkata kajian ke atas pelancong mendedahkan bahawa perkara pertama yang pelancong tidak suka ialah teksi manakala tandas jatuh di tempat kedua. Oleh itu Nazri membuat kensimpulan mudah:  perkhidmatan teksi adalah lebih teruk dari tandas!


Memang siapa tidak dapat menafikan perkhidmatan teksi di Lembah Kelang ada banyak kelemahannya. Jika hendak dibandingkan dengan perkhidmatan teksi di banyak negara maju, memang seperti langit dengan bumi.

Tapi jika perkhidmatan teksi kita lemah, ia salah siapa? Adakah ia 100% salah pemandu teksi? Apa hal dengan agensi yang memantau perkhidmatan teksi, setiap tahun dapat peruntukan berjuta-juta untuk menngkatkan perkhidmatan teksi, mereka tidak salah ke?  Apa hal dengan menteri yang bersemayam di Putrajaya yang menjaga pengangkutan awam  itu, dia tidak bertanggung jawabkah dengan kelemahan perkhidmatan teksi?


Kalau hendak membuat kesimpulan mudah seperti yang Nazri katakan itu, ramai orang juga boleh membuat kesimpulan mudah yang sama. Jika Nazri kata perkhidmatan teksi kita teruk macam jamban, orang lain juga boleh kata JPJ, Kementerian Pengangkutan dan menteri-menteri yang menjaga perkhidmatan teksi juga teruk macam jamban. Jadi kalau teksi macam jamban, KSU Kementerian Pengangkutan Datuk Zakaria Bahari, Menteri Pengangkutan Dato' Sri Ong Tee Keat, malah Nazri sendiri yang sama-sama gagal memikul tanggung jawab untuk meningkatkan perkhidmatan teksi juga boleh dipanggil jamban atau untuk lebih tepat: bapa jamban!


~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.