Monday, December 14, 2009

Pelawak Jaafar Onn Ialah Pengasas Umno Sebenar!!

http://farm4.static.flickr.com/3130/2283621162_c409f825ff.jpg?v=0h

Pengasas Umno: Jaafar Onn


Baru beberapa minit tadi, secara tidak sengaja saya tertonton rancangan Ewah...Ewah... di TV3. Ia rancangan kuiz hiburan, tapi turut diselitkan dengan soalan-soalan mengenai sejarah negara. Ketika saya tertonton TV sebentar tadi, ada satu soalan dari Sang Pengacara yang berbunyi, "Siapakah pengasas  Umno?". Sang Pengacara (seorang artis lelaki dan seorang artis wanita), memberi beberapa jawapan untuk dipilih: Jaafar Onn, Onn Jaafar dan satu lagi, tapi saya sudah tidak ingat.


Jawapan yang diberikan oleh anak muda yang mengambil bahagian mengundang ketawa saya. Jawapannya pengasas Umno ialah Jaafar Onn
Jaafar Onn, pelawak dan raja tukang masak itu rupanya pengasas Umno dan bukannya Datuk Onn Jaafar! Patutlah Umno kini banyak buat drama lawak tak habis-habis, rupanya pengasasnya adalah raja lawak! Patutlah Umno selaku komander BN selalu direbus dan dimasak oleh MCA, MIC, Gerakan dan PPP, rupanya pengasasnya ialah seorang tukang masak.



~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.