Thursday, December 10, 2009

Penjara Seremban: Apa Punya Bangang Peraturan Nie?

http://meluruskanldii.files.wordpress.com/2009/07/ldii-penjara-ustadz1.jpg

Apa punya bangang pihak  berkuasa Penjara Seremban. Ada ke patut, seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini, banduan penjara itu  hanya dibenarkan bertutur dalam Bahasa Melayu ataupun Inggeris ketika membuat panggilan telefon kepada anggota keluarga mereka. Kononnya peraturan itu dibuat demi keselamatan, bagi memudahkan pergerakan banduan dipantau.

Jika banduan yang terbabit rakyat Malaysia keturunan Cina, India, Sikh atau Siam, saya tidak kisah sangat peraturan itu dibuat, kerana saudara mara atau kenalan yang panggilan telefon dibuat umumnya memahami Bahasa Melayu. Cuma barangkali keluarga yang dipanggil mungkin sedikit hairan, mengapa tiba-tiba Ah Chong dan Muniandy tiba-tiba bercakap Melayu dan tidak Hokkien, Kantonis atau Tamil seperti sebelumnya. Sudah buang tabiatkah anak aku itu sejak jadi banduan atau ada pegawai penjara Melayu yang cuba menyamar jadi anak aku?

Tapi itu jika yang buat panggilan telefon itu rakyat Malaysia. Sekarang ini ramai banduan bukan saja rakyat tempatan, tapi rakyat asing. Ada yang datang dari Amerika Selatan, Eropah, Afrika, Asia Timur dan Asia Barat. Bayangkan jika banduan itu orang Colombia yang di rumahnya bercakap Bahasa Spanish tiba-tiba dipaksa bercakap telefon dalam Bahasa Inggeris dengan ibu bapanya di Colombia yang haram sepatah tidak tahu berbahasa Inggeris, tidakkah haru jadinya? Atau jika banduan dari Timor Leste yang di rumahnya banyak bercakap Bahasa Tetun dan Bahasa Portugis tapi dipaksa bercakap dalam telefon dengan ibu bapanya dalam Bahasa Melayu, apa halnya? Tentu ibu bapa mereka fikir: gila ke anak aku ni, bercakap dalambahasa yang tidak difahami?

Tapi tak apalah, seperti kata pihak  berkuasa penjara Seremban, peraturan itu dibuat atas sebab keselamatan. Maknanya kalau cakap Melayu dan Inggeris, pihak berkuasa penjara dapat memantau pergerakan banduan. Pihak berkuasa penjara tentu fikir banduan kita ni semuanya bangang, jika bercakap Melayu dan Inggeris mereka bercakap dalam bahasa yang mudah difahami dan tidak akan bercakap dengan menggunakan kod-kod tertentu seperti dalam filem Barat.

~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.