Tuesday, December 29, 2009

Teori Hati Busuk Mantan PM-PM Malaysia

PM PM PM PM


Ada orang menyatakan ia teori. Ada yang memanggilnya sebagai andaian. Tapi bila teori sudah diadun dengan cara meyakinkan ia boleh bertukar menjadi satu kepercayaan.


Begitulah juga dengan teori bahawa mantan Perdana Menteri Malaysia semuanya busuk hati selepas tidak lagi memegang kuasa dan sentiasa berniat untuk menjatuhkan orang yang dilantik menggantikannya telah menjadi seperti satu kepercayaan atau sekurang-kurangnya satu tradisi. Ia bermula dengan Tunku Abdul Rahman yang dikatakan secara diam-diam cuba memburukkan imej Tun Razak yang menggantikannya. Apabila Mahathir menggantikan Hussein Onn, Tunku dan Hussein Onn melakukan banyak perkara untuk memburukkan imej Mahathir yang dilihat ramai orang sebagai usaha menjatuhkan Mahathir.


Bila Pak Lah menggantikan Mahathir, mantan Perdana Menteri itu tidak habis-habis menyerang Pak Lah dari segenap penjuru, hingga kemuncaknya Mahathir mengisytiharkan dirinya keluar Umno.

Bila Najib menggantikan Pak Lah, ramai yang berkata Pak Lah tidak akan busuk hati dan sanggup menjatuhkan Najib yang diberi kepercayaan menggantikannya. Jadi teori PM Malaysia yang rata-ratanya busuk hati itu   hanya berlegar sekitar Tunku hingga Mahathir menjadi PM saja. Pak Lah dikatakan tidak termasuk dalam golongan PM busuk hati kerana dia adalah nice man.


Tapi kini beberapa blog Umno pro-Mahathir mengembalikan semula teori ini yang menyatakan Pak Lah mewarisi tradisi busuk hati mantan-mantan PM sebelum ini. Blog-blog itu berkata Pak Lah  sengaja mengambil alih jawatan Menteri Pertahanan  dari Najib beberapa bulan sebelum berundur untuk memeriksa rekod buruk Najib ketika menjadi Menteri Pertahanan. Dan rekod-rekod buruk Najib ketika menjadi Menteri Pertahanan itu dibekalkan kepada menantunya Khairy untuk dijadikan senjata menjatuhkan Najib dan mengangkat naik Khairy. Tapi Khairy dikatakan tidak berseorangan dalam usaha menjatuhkan Najib. Dia berpakat dengan Zahid Hamidi yang kini menjadi Menteri Pertahanan dan mantan mentor Zahid, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan Najib jatuh.


Isu enjin jet tempur yang hilang yang sedang panas kini kata blog-blog pro-Mahathir itu adalah antara percubaan awal tiga pihak Khairy-Zahid-Anwar untuk mencalarkan imej Najib dan menjatuhkannya. Pak Lah membekalkan maklumat enjin jet hilang itu kepada Khairy, Khairy pula menyalurkannya kepad Zahid dan Anwar untuk disensasikan.



Saya kadang-kadang hendak ketawa dengan teori mantan PM busuk hati ini. Tapi kadang-kadang boleh percaya juga, kerana bukankah semua PM kita asalnya orang Umno dan Umno itu sendiri seperti pernah diucapkan oleh Mat Sabu adalah parti busuk, sebusuk tong najis? Dan oleh itu sesiapa saja yang pernah berenang dan tertelan air dalam tong busuk UMNO tidak kira namanya Tunku, Tun Razak, Hussein Onn, Mahathir, Pak Lah, Anwar, Zahid dan Khairy akan terkena tempias busuknya.


Cuma Tunku, Hussein Onn dan Anwar lebih bernasib baik kerana sempat keluar dari tong busuk Umno dan membersihkan kekotoran di badan mereka. Yan lain-lain itu sungguh kasihan kerana masih meneguk air busuk dalam tong najis itu....




~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.