Tuesday, December 1, 2009

Ramai Sungguh Rakyat Kelantan Yg Tak Suka Nik Aziz!!

     http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2009/12/011220090741.jpg?w=500&h=375   
1,000 pengunjung menyaksikan pertunjukan sarkas yang dijayakan oleh 50 penyokong Umno...
(gambar ihsan dari blog pinkturtle)


Ramai sungguh rupanya orang yang tak suka dengan TG Nik Aziz di Kelantan nie!'.   Itulah detik hati saya apabila mendengar berita mengenai 'perhimpunan besar'  penyokong Umno yang dipimpin oleh Che Johan Che Pa yang mengadakan perhimpunan di depan Kota Darul Naim pagi ini bagi mendesak TG Nik Aziz meletak jawatan sebagai MB. 'Perhimpunan besar' rakyat Kelantan yang dipimpin oleh Umno itu bukan sekadar dihadiri 5,000 orang, 50,000 orang atau 500,000 orang, tetapi ia menarik penyertaan rakyat Kelantan hingga jumlah yang hadir dilaporkan menjangkau 50 ORANG!!! Saya ulangi - 50 orang, wau...ramainya!!!



Yang seronoknya, hampir 1,000 lagi yang berhimpun memerhatikan 50 penunjuk perasaan yang dipercayai didalangi oleh anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali itu.


Bagi 1,000 pengunjung yang memerhatikan pertunjukan sarkis oleh 50 orang Umno itu, ia pasti pertunjukan percuma yang sangat menghiburkan. Jika pertunjukan sarkis Umno itu turut dimeriahkan dengan kehadiran monyet, beruk dan ungka, pasti kehadiran penonton boleh bertambah dari 1,000 kepada 10,000 orang; wau...hebatnya!!!


ha..ha...ini dia sesi bergambar di hujung demonstrasi

(gambar ciplak dari blog pinkturtle)

~ pendikar gunung kriang

2 comments:

Anonymous said...

aik..takdak la pulak kena belasah..hebat sungguhla pemuda umno..kalis FRU!kuang22

sAMDOL said...

KESIAAAAAAN TGK ORG UMNO.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.