Tuesday, December 1, 2009

Sadam Kembali Ke Rumah Penduduk Baghdad!!


GAMBAR stesen televisyen Al-Latefa menunjukkan Saddam bergambar bersama anaknya Uday (kiri) dan Qusay.



Assosiated Press (AP) melaporkan dari Baghdad, rakyat Iraq terperanjat melihat wajah Saddam Hussein muncul di kaca televisyen dalam rumah mereka. Stesen misteri yang menamakan dirinya Al-Latefa itu meucul pada hari pertama Aidiladha, Jumaat lalu, pada hari yang sama bekas pemimpin negara berkenaan menjalani hukuman gantung pada 2006.

Tiada siapa yang tahu pihak mana yang membiayai stesen televisyen pro-Saddam ini, walaupun kerajaan mengesyaki ia dilakukan penyokong Parti Baath yang pernah dipimpin bekas pemimpin Iraq itu.


Membaca berita dari sumber AP itu, teringat saya kepada pengalaman masa kecil bersama radio transistor ayah saya. Saya memang jenis suka bermain dengan radio ketika kecil. Suatu hari ketika di sekolah rendah, saya secara tidak sengaja menemui stesen radio yang agak pelik yang banyak menyiarkan berita-berita ringkas diselangi  lagu-lagu penuh bersemangat. Lepas itu baru saya tahu, ia radio kepunyaan Parti Komunis Malaya. Bapa saya sangat marah dan pernah mengugut untuk melaporkan kepada polis kerana saya kerap mencuri dengar radio komunis. Tapi saya tidak yakin polis akan datang ke rumah untuk datang menangkap budak sekolah 10 tahun yang hobinya ketika itu suka mendengar radio!!

~ pendikar gunung kriang




No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.