Wednesday, December 9, 2009

Sepatutnya Kedua-dua Mereka Kena Keluar Umno!

Perang saudara antara 2 tokoh Umno - Dr Mahathir dan Nazri Aziz semakin hebat. Selepas Nazri menggelar Dr Mahathir sebagai bloody racist, hari ini Dr Mahathir menerima satu lagi gelaran dari Nazri seperti yang dipetik oleh Malaysian Insider: Bapa Segala Perkauman (Father of All Racism). Dan Nazri yang nampak begitu degil itu berkata dia tidak akan memohon maaf kepada Dr Mahathir atas bidasan kerasnya terhadap orang tua itu selama ini.


Kelmarin Dr Mahathir meminta Nazri meletak jawatan, kerana dia menjadi menteri Umno - sebuah parti perkauman. Betul kata Dr Mahathir: dah hang tau aku nie perkaumana, awat hang masih gatai menenggek dalam satu parti  perkauman? Betul tu Nazri, dah hang tau Umno perkauman, mengapa tak masuk parti tak perkauman seperti PKR, DAP, Gerakan dan PPP?


Tapi apapun, sesuatu yang tidak dapat dinafikan ialah antara Mahathir dan Nazri sama saja, sama-sama berjuang dalam parti perkauman, sama-sama rasis! Cuma mungkin Dr Mahathir bloody racist atau father of all racism, manakala Nazri mungkin son of racism. Tapi apa bezanya, kerana apapun, kedua-duanya adalah rasis!


Saya rasa tidak guna kedua-dua tokoh itu lawan jari telunjuk mencabar siapa yang lebih rasis antara keduanya, sebab kedua-duanya memang dari dulu terkenal dengan rasisnya. Jika kedua-duanya hendak membuktikan mereka tidak rasis, mereka perlu keluar dari parti perkauman yang mereka anggotai  bernama Umno itu!


~ pendikar gunung kriang

1 comment:

armouris said...

Rahsia awet muda Tun Dr. Mahathir? - Rahsia Muda Dr. Mahathir

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.