Saturday, December 5, 2009

Tahniah Dr M dan Najib, Takziah Pemimpin PR!!

Mungkin tidak terlalu terlewat rasanya untuk saya ucapkan tahniah kepada dua personaliti kaum kerabat pemimpin Umno ini kerana telah berjaya menempatkan diri mereka sebagai antara 40 individu paling kaya di Malaysia. Mereka ialah Mokhzani Mahathir dengan nilai pegangan harta sebanyak RM285 juta di tempat 20 individu terkaya Malaysia, manakala Nazir Tun Razak pula (RM100 juta) di tempat ke-40. Lihat senarainya di sini......



Saya percaya kekayaan yang mereka raih itu adalah atas kerja keras sendiri dan bukannya kerana bantuan daddy dan brother mereka. Mokhzani  Mahathir menjadi individu ke-20 terkaya Malaysia adalah atas dedikasinya sendiri dan bukan kerana 'daddy kasi'  semasa Mahathir menjadi PM dahulu. Begitu juga Nazir menjadi individu ke-40 terkaya adalah mengikut prosedur birokerasi biasa dan bukan kerana 'brother kasi' atau ketirisan birokerasi sepanjang Najib menjadi menteri, TPM dan PM.


Jadi, sekali lagi setinggi-tinggi tahniah kepada Mokhzani dan Nazir kerana kerja kuat mereka tanpa bantuan daddy dan brother telah berjaya menempatkan diri dicelah-celah 40 individu yang kebanyakannya bukan Melayu. Harap-harap SPRM tidak akan menyiasat bagaimana mereka mengumpulkan kekayaan sebegitu hebat dalam usia yang masih agak muda. Lagi pun buat apa menyiasat, kekayaan mereka tidak seberapa, cuma antara RM100 juta hingga RM285 juta saja berbanding menantu TG Nik Aziz yang perlu disiasat kerana kesalahan besarnya menjadi seorang CEO sebuah syarikat kecil.



Dr Mahathir dan Najib pasti berbangga kaum kerabat mereka berjaya menduduki tempat itu atas usaha keras sendiri dan tanpa bantuan mereka sedikitpun. Kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, ucapan takziah kepada mereka kerana kaum kerabat mereka gagal menempatkan diri dalam sinarai 40 individu terkaya Malaysia. Tidak syak lagi kegagalan kaum kerabat mereka disenaraikan dalam 40 individu terkaya itu adalah kerana mereka tidak berusaha keras, tidak pandai menghidu peluang serta tidak bijak mengambil dan memberi peluang kepada kaum kerabat sendiri.


~ pendikar gunuing kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.