Wednesday, December 16, 2009

Takziah FAM, Malaysia Diiktiraf 10 Pasukan Terburuk Dunia

Goal.com

Selain dari musim orang kawin (termasuk Bung Mokhtar - Zizie Ezzette), sekarang juga musim orang bersembang tentang bola. Maklumlah, tiba-tiba pasukan Malaysia dapat masuk final Sukan SEA selepas 20 tahun. Sembang-sembang bola ini akan sampai kemuncaknya esok bila Malaysia bertemu Vietnam untuk merebut pingat emas. Lepas itu sama ada Malaysia menang atau kalah, sembang bola itu pasti akan  berlarutan 3-4 hari lagi dari mulut komentator-komentator yang kebanyakannya tidak pernah main bola atau sudah lama kakinya tidak sentuh bola.

Malam ini saya hendak sentuh tentang isu bola, tapi bukan topik Malaysia lawan Vietnam. Ia tentang nama sebuah pasukan bolasepak dari Malaysia yang diiktiraf oleh sebuah laman web antarabangsa sebagai salah satu 10 pasukan 'terhebat' dunia. 'Terhebat' di sini, bukan hebat kerana pencapaian terbaiknya, tetapi kerana pencapaian terburuknya.

Goal.com, sebuah laman web antarabangsa, menamakan sebuah pasukan dari Malaysia - PDRM - sebagai salah sebuah 10 pasukan bolasepak yang terteruk di dunia. Susunan 10 pasukan bolasepak  yang paling teruk di dunia adalah seperti berikut:


1) Carpet Masters (Guam)
2) Hong Lok (Macao)
3) Panthrakikos (Greece)

4) Milano (FYR Macedonia)
5) PDRM (Malaysia)
6) San Giovanni (San Mrino)

7) Dingli Swallows (Malta)

8) Baloch (Pakistan)
9) Tornados de Humaccao (Puerto Rico)

10) Ajman (UAE)

Goal.com mencatatkan mengapa PDRM diberi anugerah 10 pasukan terteruk dunia:


"One team who won’t be in the 2010 Malaysian Super League is PDRM. In the 2009 edition, PDRM were humiliatingly relegated in last place after earning just three points all season – all draws from 26 games. They also conceded 76 goals."


Saya tidak tahu apa komen orang-orang kuat bola kita tentang anugerah kepada wakil Malaysia ini. Apa komen Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Shabery Cheek? Apa komen Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah? Apa komen Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin? Rasa banggakah kerana nama pasukan Malaysia tersenarai dalam 10 ranking terburuk dunia?


~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.