Wednesday, December 23, 2009

Teruknya Kedah, Nak Solat Pun Payah!!!




 Nampak pili saja besar....tapi air tak dak!!!


Selain dari musim kenduri di bulan Disember ini, sekarang ini juga musim kemarau di banyak negeri, termasuk negeri-negeri di utara Semenanjung. Di Kedah misalnya, sudah beberapa minggu ini tiada hujan langsung. Jika pun ada  sesekali hujan,  ia turun sekejap saja, rumput pun tak sempat basah.


Selain dari musim kenduri dan musim kemarau, di Kedah juga kini musim tidak ada air. Tidak ada air bukan setakat di satu dua tempat, tapi di banyak tempat. Dari Sik hingga Kota Setar, dari Baling hingga Pokok Sena, masalah air tetap jadi bualan. Apa lagi, kini musim kenduri, sembang-sembang mengenai masalah air itu sering diperbualkan. Cuma masalah air ini tidak sama mengikut tempatnya. Ada tempat air tidak ada langsung, ada tempat yang air turun setitik setitik...macam kencing orang tua yang menghadapi masalah prostat, ada pula tempat yang air kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada.


Kelmarin kebetulan saya tertonton berita tengahari di RTM 1 mengenai masalah ketiadaan air di Kedah. Siaran berita RTM itu menyiarkan antara lain tentang keluhan rakyat yang sukar mendapat air di Kedah ini. Antara yang diwawancara RTM ialah seorang lelaki warga emas dan seorang wanita, juga warga emas. Yang sedihnya, kedua-duanya menyatakan hendak ambil air sembahyang pun susah kerana tidak ada air. Malah wanita warga emas itu berkata dia tidak dapat solat kerana tidak ada air, manakala si-lelakinya pula berkata dia solat 'ikut dan saja'.


Kalau sudah sampai peringkat tidak boleh solat, ia bukan lagi masalah main-main. Ia masalah yang sangat serius! Cuma yang peliknya, mengapa kejadian tidak boleh solat itu berlaku di negara monsun tropika seperti Malaysia yang taburan hujannya agak tinggi  ini? Di negara-negara Arab yang kering kontang itu, tidak pernah dengar rakyatnya mengeluh sukar hendak bersolat, tapi di negara kita yang tidak pernah putus sumber air asli ini warganya mengeluh tidak dapat solat kerana tiada air!


Kesian pak cik dan mak cik itu kerana tidak dapat solat kerana ketiadaan air. Lebih kesian kerana wartawan yang mewawancara kedua warga tua itu tidak teringat untuk bertanya dua warga emas itu sama ada mereka sedar atau tidak , jika sudah tiada air langsung mereka juga boleh berwuduk menerusi tayamum. Mungkin wartawan itu terlupa menanyakan soalan itu atau dia fikir mencari debu suci bagi mengerjakan tayamum juga sukar diperolehi di Kedah ini?



Apapun, bagi orang luar yang tertonton siaran berita itu mungkin terdetik dibenak mereka: Teruknya Kedah, nak solat pun susah!!!

~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.