Saturday, December 5, 2009

Tidak Berasas Rosmah Itu Bini Najib

Datuk Seri Najib ketika memberi komen terhadap dakwaan bahawa adiknya, Datuk Mohamed Nazim telah memaksa penyiasat persendirian, P Balasubramaniam menarik balik akuan bersumpahnya telah menafikan dakwaan itu yang menurutnya "tidak berasas".


Apa yang agak menjengkelkan ialah Najib tidak mengulas panjang apa yang dimaksudkan sebagai 'tidak berasas' itu. Sebelum ini pun banyak kenyataan Najib mengenai isu berkaitan dirinya disudahi dengan komen 'tidak berasas'. Kes kaitannya dengan Altantuya tidak berasas, kes khalwat dengan artis wanita di Port Dickson tidak berasas dan  kini kes kaitan Nazim dan Bala juga tidak berasas.


Janganlah buat lawak banyak-banyak sangat Datuk Seri. Tak kan semuanya tiidak berasas Datuk Seri. Takut nanti bila orang bertanya adakah Rosmah yang makin berisi itu isteri anda, Najib akan tersasul menjawab 'tidak berasas!'


~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.