Wednesday, December 30, 2009

Tinjauan: Elizabeth Wong Lapan Kali Lebih Popular Dari Najib

Exco kerajaan Selangor, yang dilanda kontroversi foto bogel awal tahun ini, menduduki tangga teratas kategori 'pencetus berita' dalam kumpulan data enjin carian tersohor Google bagi 2009.

Elizabeth Wong, wakil rakyat PKR bagi Bukit Lanjan, mengatasi kontroversi bekas model remaja Manohara Odelia Pinot, menantu Sultan Kelantan yang menghadapi masalah keluarga dengan suaminya Tengku Muhammad Fakhry Petra.

Senarai itu, yang dihasilkan daripada jumlah carian di Internet menggunakan Google, diikuti personaliti TV3 Zakiah Anas sebelum mantan menteri besar Perak yang disingkirkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Kontroversi hukuman sebat terhadap Kartika Sari Shukarnor meletakkan model sambilan itu di tangga kelima, di atas aktres jelita Fasha Sanda.

Sementara ahli parlimen PAS Khalid Samad lebih dicari pengguna Internet, di tangga ketujuh, berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (kesembilan).


(Sumber: Malaysiakini)

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.