Sunday, December 6, 2009

Tok Mufti Perak, Tolong Jawab Sat Hukum Ni!!

Minggu ini ada dua orang penting letak jawatan. Pertama, Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Sulaiman Abdul Taib Mahmud. Kedua, Datuk Ahmad Said, Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Timbalan Menteri Pelancongan yang masih muda itu memberi alasan dia meletak jawatan atas sebab kesihatan. Siapa yang percaya lelaki segar bugar seperti Sulaiman sakit? Kecualilah sakit yang tak nampak sakit, sakit mental contohnya.....

Ahmad Said pula berkata dia letak jawatan atas sebab peribadi kerana telah lama berkhidmat dan untuk mendampingi  keluarga. Itu juga jawapan pelik. Dah hang tau telah lama berkhidmat, yang hang dulu tu  pi gatai-gatai sambung kontrak tu buat apa? Kalau dah sayang sangat keluarga, sejak dulu Ahmad Said boleh buat pilihan jamgan sambung kontrak dan duduk di rumah saja menghabiskan wang pencennya yang berlambak itu bersama keluarga.


TPM Najib pula berkata Ahmad Said letak jawatan tanpa desakan dan tekanan mana-mana pihak. Dia letak  jawatan atas pilihan sendiri dan telah memaklumkannya kepada Najib. Jika Ahmad Said letak jawatan kerana suka-suka saja tanpa sebab, mengapa Najib tidak menasihatkannya bersabar untuk menghabiskan kontrak yang cuma berbaki beberapa bulan saja lagi itu?


Ini yang saya heran sangat dengan VIP-VIP kita ni. Suka sangat memberi alasan yang orang tahu ia bukan yang sebenarnya. Suka sangat mereka bohong sunat supaya tidak rasa malu.


Tok Mufti Perak yang pandai mengeluarkan fatwa itu mungkin boleh beritahu apa hukumnya bohong sunat VIP-VIP kita tu.

~ pendikar gunung kriang

1 comment:

Anonymous said...

Baguih tu... Mintak Tok Mufti Perak keluarkan fatwa tu..

Ni, Tok Mufti Perak, nak tambah lagi satu :
Tolong jugak keluarkan fatwa, apa hukumnya apabila manusia yang sorang tu suka berprasangka kat orang...

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.