Tuesday, December 8, 2009

Wah, Belum Jadi Menteri Dah Berlagak Sangat Hebat!!

Selama ini saya menyangka Parlimen adalah institusi mulia dan justru wakil rakyat yang dipilih boleh bercakap apa saja yang membabitkan kepentingan rakyat. Tapi tidak sangka pula ada orang yang tidak menghormati keluhuran perlembagaan yang meletakkan Parlimen di tahapnya yang tersendiri.

Yang lebih mengejutkan, orang yang mempertikai kebebasan wakil rakyat bersuara di Parlimen ialah seorang Setiausaha Politik (Setpol) kepada Perdana Menteri sendiri. Itulah yang terjadi kepada Wee Choo Keong (Wangsa Maju) yang berkata, beliau telah didatangi Setpol PM, Shafie Abdullah  di lobi Parlimen kelmarin sejurus selepas beliau membangkitkan isu yang membabitkan Shafie sewaktu perbahasan di Parlimen. Wee dalam perbahasan di Parlimen itu  mendakwa Shafie campurtangan dalam pelbagai keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan menyifatkan Setpol itu sebagai 'menteri de facto Wilayah Persekutuan".

"Selepas berbahasan tersebut, saya keluar dan menemui beberapa pegawai Wilayah Persekutuan apabila tiba-tiba seorang lelaki mendekati saya, " kata Wee. Katanya, Shafie  bertanya mengapa namanya dibangkit dalam Parlimen dan menunjukkan kemarahan luar biasa sehingga ke tahap biadab kepadanya.

Hebat sangatkah jawatan Setpol itu hingga nama pun tidak boleh disebut dalam Parlimen? Berapa banyak nama disebut dalam Parlimen, dari orang biasa hingga Ketua Pembangkang malah hingga PM, tapi tiada yang marah-marah keterlaluan di luar Dewan,  hingga memaksa Wee hari ini meminta pelakuan Shafie itu disiasat oleh Parlimen.


Alahai, Shafie, itu baru jadi Setpol sudah berlagak hebat. Kalau jadi Menteri, TPM atau PM, bagaimana pula lagaknya?

~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.