Saturday, December 19, 2009

Wajah Hodoh Shahidan Yang Tak Pernah Berubah!!




Kabar dari negeri paling utara - Perlis - menyebut mantan MBnya, Shahidan Kassim meneruskan tradisi ponteng di hari ketiga (hari terakhir) sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis. Tradisi tidak hadir pada hari terakhir sidang DUN  telah dilakukan dan diulanginya sejak tidak lagi jadi MB Perlis. Masa jadi MB dulu, hari terakhir adalah hari istimewa Shahidan, hari dia memuji setinggi langit kerajaan BNnya, Exco-Exco pak turutnya dan seluruh jentera pentadbirannya. Hari terakhir juga, ketika sesi penggulungan, Shahidan akan mengambil peluang untuk membantai  Pas, PKR dan DAP  cukup-cukup.  Jika ada ADUN Pas yang satu dua kerat itu bangun untuk membela Pas, dia biasanya tak bagi jalan, atau dia bagi jalan, tapi kemudian mencantas hujah ADUN Pas dengan gaya yang seringkali sangat biadap dan menyakitkan hati.

Tapi apa nak buat, begitulah lagak lelaki yang bernama Shahidan itu: suka bantai orang, tapi tidak benarkan orang menjawab hujah nya atau melenting besar bila dia kena bantai balik. Walaupun tidak jadi MB lagi kini, tapi Shahidan masih dengan lagak samsengnya di dalam Dewan, bila diberi peluang untuk berucap dia sukar hendak duduk balik, walaupun Speaker berkali-kali meminta ucapan diringkaskan. Intipati ucapan selepas tidak lagi menjadi MB juga sama: bantai orang lain. Cuma lepas tidak jadi MB medan bantainya bukan setakat Pas, PKR dan DAP, tapi juga kerajaan negeri BN Perlis. Dengan kata-kata lain, Shahidan bantai keliling, kecuali dirinya yang kekal maksum!

Dan dalam sidang DUN Perlis dari 15 hingga 17 Disember baru-baru ini, beliau turut bantai semua pihak - Pas, DAP, PKR dan kerajaan negeri BN - di hari kedua sidang Dewan dan kemudian ponteng pada hari terakhir. Kononnya dia terpaksa ponteng kelas kerana terpaksa terbang ke Laos untuk menyaksikan  Sukan SEA. Dalam sidang-sidang DUN sebelum ini juga Shahidan ponteng pada hari terakhir dengan pelbagai alasan seperti perlu menghadiri mesyuarat penting atau sebab-sebab kesihatan.


Mengapa Shahidan selalu ponteng pada hari ketiga (hari terakhir) sidang? Pegawai-pegawai kerajaan sudah lali benar dengan kelakuan Shahidan yang gemar ponteng sidang di hari terakhir itu, seperti mereka sudah lali dengan kelakuan Shahidan yang jika mempengerusikan mesyuarat, pasti akan tiba lewat lebih dari satu jam. Andaian yang paling popular di kalangan pegawai-pegawai kerajaan ialah Shahidan takut menghadapi Menteri Besar, Mat Isa Sabu dan Exco-Exconya ketika mereka menggulung perbahasan di hari terakhir. Mat Isa dan barisan Exconya pasti akan mengambil peluang ketika menggulung perbahasan dengan menjawab balik segala kritikan Shahidan menerusi terjahan keras yang dua kali lima dengan gaya Shahidan. Sebagai seorang wakil rakyat yang hanya berani mengkritik tapi takut dikritik, Shahidan mengambil  pendekatan selamat: ponteng di hari terakhir!

Mujur juga Speaker DUN Perlis, Dato' Yazid Mat adalah orang kuat Shahidan ketika  Shahidan jadi MB dulu dan semua alasan Shahidan mengapa dia perlu ponteng sidang diterima baik oleh beliau. Jika Yazid Mat  ini jenis strict pada peraturan sidang macam Speaker DUN Kedah, silap haribulan satu pilihanraya baru perlu diadakan di Tambun Tulang kerana wakil rakyatnya gemar ponteng sidang!



~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.