Sunday, January 31, 2010

Hishamuddin: Mampos lah Blogger Pro-Umno Lepas Nie!!


Nie tak perkauman ke Datuk?

Sebelum masuk waktu Isyak tadi saya tertonton Berita TV3. Ternampak dilayar TV,  Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussein memberi amaran kepada blogger: sesiapa yang menulis isu-isu sensatif dalam blog mereka terutama  yang berbaur perkauman akan diambil tindakan, seperti yang dikenakan kepada Aduka Taruna baru-baru ini.

Pelik saya, yang saya tahu Aduka Taruna dituduh menghina Al-marhum Sultan Johor, tidak kena mengena  langsung dengan isu perkauman. Tapi tak apalah, mungkin maksud Hishamuddin blog berbaur perkauman akan dikenakan tindakan keras (keras?) seperti tindakan terhadap Aduka yang menghina Almarhum Sultan.

Tapi yang saya seronok apa yang keluar dari mulut Hishamuddin:  BLOG YANG MENULIS PERKARA PERKAUMAN AKAN DIKENAKAN TINDAKAN.


Saya dalam hal ini sokong Hishamuddin 1000000%: blog yang menghasut dan berbaur perkauman patut diambil tindakan. 

Tapi saya percaya jika diambil tindakan, yang akan  banyak kena pastilah blog-blog pro-Umno, kerana di situlah paling banyak  isu-isu perkauman dibangkitkan. Selain itu, macam-macam yang mereka kata dan gelar kepada pemimpin-pemimpin PR yang didakwa bertolak ansur dengan isu-isu yang membabitkan kaum-kaum lain. Tak tergamak dicatatkan di sini apa yang mereka tulis kerana ia terlalu sangat amat chauvinist!

Hishamuddin nak tangkap penulis blog yang menulis perkara perkauman? Mulakan tindakan dengan menangkap penulis blog pro-Umno!


http://pendikargunung.blogspot.com/


~ pendikar gunung kriang

Tak Payahlah Wanita Itali Tu Raba Hishamuddin!!


GARA-gara ingin tahu kejantanan jaguh bolasepak David Beckham, adakah dia sehebat iklan seluar dalam Armani yang diperagakannya, seorang wartawan TV Itali telah meraba Beckham. Insiden tersebut berlaku di sebuah hotel di Milan baru-baru ini di mana wartawan dan juga bintang "Le Iene (The Hyenas,)" Elena Di Cioccio pura-pura menghampiri dan menemuramah Beckham.

Sebaik saja selepas menemubual Beckham, Elena, yang bekerja di program berita satira di TV Itali, telah tunduk dan terus meraba Beckham.Ramai pemerhati yang berada di lokasi tersebut tergamam dengan aksi spontan bintang berusia 36 tahun itu. Beckham juga turut kelihatan terperanjat dan tergamam hingga tidak terkata apa-apa. Sejurus selepas itu, beberapa pengawal sekuriti bergegas membawa Beckham keluar dari situ.

Bagaimanpun, Elena menjerit ke arah Beckham sambil juara bolasepak itu berlalu pergi dalam keretanya....,"Beckham, anda telah menipu kami semua. Sungguh tidak patut, David!"

Kemudian Elena berlari bertempikkan sambil menjerit kegembiraan kerana dapat apa yang dihajatinya.
Rakaman video Elena berbuat demikian telah banyak dimuat turun di internet hingga video itu diberi tajuk,"wartawan serang Beckham dengan meraba".

Dalam satu temubual dengan The Daily Telegraph selepas insiden tersebut, Elena berkata, dia berbuat demikian kerana ingin memastikan kejantanan Beckham.

"Saya hanya ingin tahu adakah dia sehebat apa yang dia tampilkan dalam iklan seluar dalam Armani itu. Dan saya sudah pun menemui jawapannya. Rupa-rupanya tidak...," jerit Elena kegembiraan.

(Sumber:mStar)


PGK: Harap lepas ini wartawan wanita Italy bernama Elena itu dapat datang ke Malaysia pula. Ramai yang boleh diraba bagi mengesahkan  sama ada mereka ini  jantan atau bukan. Hishamuddin Tun Hussein tak payah dirabalah, semua orang sudah tahu.....

BN Akan Dapat Kembali Majoriti Dua Pertiga Sekejap Lagi?

Kelmarin Pengerusi PKR Pulau Pinang, Mansor Othman berkata 3 hingga 4 Ahli Parlimen PKR sedang menimbang untuk menyertai BN. Tapi hari ini desas desus tersebar pula angkanya meningkat - antara 7 hingga 10 ahli Parlimen PKR  dari Pulau Pinang, Kedah dan Selangor akan menyertai BN!  

Pengarah Pilihanraya PKR, Fuziah Saleh tidak menolak kemungkinan itu, dan berkata mereka ingin keluar PKR dipercayai ada kaitan dengan langkah parti itu yang mula menilai prestasi wakil rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13. Mereka didakwa kemungkinan bimbang tidak akan dipilih semula sebagai calon, justru mencari saluran lain – menyertai parti lain.

Jika hingga 10 Ahli Parlimen menyertai BN, ia sekaligus akan  membantu BN kembali memperoleh majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Bagi saya, jika semua yang diberitakan itu benar, hingga 10 Ahli Parlimen yang merasa diri mereka tidak berguna akan keluar PKR, ia satu berita paling buruk di pagi secerah ini. Ia berita yang mengecewakan ramai orang. Tapi jika mereka benar-benar keluar nanti, mereka keluar bersama satu rekod yang sungguh buruk. Mereka keluar kerana sedar mereka ahli Parlimen yang  tidak berguna  kepada pengundi yang memilih mereka. Mereka telah memusnahkan harapan pengundi. Mereka keluar hanya kerana takut hilang jawatan, ia sesuatu yang sungguh teruk untuk satu jawatan yang digelar Yang Berhormat tapi tak layak dihormati jika itu alasannya!

Saya harap berita itu tidak benar. Saya harap PR akan terus menafikan majoriti BN di Parlimen. Saya harap ahli Yang Berhormat dari PKR  ini masih layak dihormati.

~ pendikar gunung kriang

Saturday, January 30, 2010

Peraduan Ketawa 500 Kali Untuk Pas

k

Pagi ini saya bangun dengan badan separuh longlai. Macam ada yang tak kena. Joging 5 kilometer di Taman Jubli Perak Alor Setar pun tidak mampu menghilangkan "sesuatu" yang tidak kena itu. Saya berfikir, mungkinkah ia kerana malam tadi saya cuma tidur sekitar empat jam saja?

Selepas sarapan, saya terbaca satu artikel: ketawa 500 kali sehari boleh mengembalikan kesihatan dan kecerdasan. Dan bila difikirkan kembali, mungkin ianya benar! 

Ya, kelmarin memang saya banyak ketawa, sebahagian besar kerana berasa sangat   lucu dengan keputusan Jawatan Kuasa Disiplin PAS yang menggantung jawatan Khalid Samad  selama 6 bulan dan Hassan Ali cuma diberi amaran. Malangnya saya tidak menghitung berapa kali saya ketawa terhadap Pas kelmarin. Tapi kerana pagi ini saya bangun dengan badan agak longlai, ia mungkin petanda ketawa saya kelmarin terhadap Pas belum mencapai angka 500. Mungkin saya cuma ketawa sekitar 100-200 kali saja. Jadi saya perlu ketawa lagi untuk mencukupkan bilangan 500.

Hari ini saya akan ketawa sekurang-kurangnya 500 kali, kebanyakannya untuk Jawatankuasa Disiplin Pas. Dan anda pembaca blog ini, jom  berama-ramai ketawakan 500 kali untuk Pas!! Bukan apa, selain dari melepaskan tension, ia baik untuk kesihatan dan kecerdasan.

Bagi yang ada rezeki lebih, boleh anjurkan Peraduan Ketawa 500 Kali Untuk Pas. Kelakar!!

Ha...ha....ha....ha....ha....ha...ha.....ha...ha....ha....ha....ha.....ha....ha.....ha...ha....ha....ha.....ha....ha.....ha...(sila (ulangi hingga 500 kali!)


~ pendikar gunung kriang

Gempar....Orang Zaman Batu Ditemui Di KL

Jika anda ingin melihat sisa-sisa peninggalan orang zaman batu, anda tidak perlu lagi membuka buku sejarah. Kadang-kadang kita menemui mereka, kebanyakannya di bandar besar. Spesis pra-sejarah ini tidak lagi memakai daun kering atau kulit kayu bagi melindungi daging hodoh di celah paha mereka. Cukup dengan baju tidak seperti baju, seluar tidak seperti seluar atau kain yang bukan kain, lengkaplah sudah ciri-ciri manusia zaman batu mereka.

Contohnya sila baca artikel yang dipetik dari star online ini:

DEMI mahukan penampilan yang menarik, Alyah sanggup melakukan apa sahaja asalkan dirinya puas hati!

Biarlah apa pun orang kata, Alyah kini tampil dengan fesyen yang dianggap semakin berani dan agresif. "Saya pakai apa yang saya nak pakai", kata Alyah.

Dengan hanya mengenakan baju pada paras punggung dan berstoking hijau yang nipis, Alyah tampil membuat persembahan di depan orang ramai ketika majlis pertandingan pencarian bakat baru sebuah majalah di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur , baru-baru ini.

Ditanya kepada Alyah mengenai pakaian yang dipakainya, Alyah menjawab: “Saya memang suka berfesyen kerana fesyen adalah suatu yang ‘universal’. Saya tak rasa pakaian yang saya pakai itu keterlaluan kerana bukannya saya ‘berbikini’. Saya nak orang ambil tahu tentang diri saya kerana saya memang seperti itu. Dulu mungkin orang tak tahu tentang saya sebab mereka tak ambil tahu tetapi sekarang mereka sudah ambil tahu.”


 
Alyah: stokin dan skirt  nipis menggantikan daun kering zaman batu.


Ini dia pemikiran orang zaman batu. Sanggup pakai apa  saja yang dia ingin pakai. Stokin dan skirt tipis menggantikan daun kayu. Tidak kisah malah  megah jika sesuatu yang patut disembunyikan terdedah. Semua rela dilakukan supaya dikenali dan orang tahu kewujudannya.


Memang orang zaman batu yang hidup di zaman millennium ini mudah menarik perhatian orang. Untuk menjadikan lebih dikenali elok saja spesis sebegini dikurung dalam sangkar untuk tontonan pengunjung-pengunjung Zoo Negara, Zoo Taiping atau mana-mana lagi zoo yang ada di negeri-negeri.

~ pendikar gunung kriang

Mahasiswa Bukan Lagi Anak Muda Kembiri


 
l

Sejak Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)  1971 diperkenalkan, wajah mahasiswa yang sebelumnya sensitif dengan isu semasa beansur-ansur bertukar kepada wajah longlai dan ulat buku. Tiada lagi cerita tentang kehebatan mahasiswa seperti di zaman Anwar Ibrahim, Ibrahim Ali, Hishamuddin Rais dan Kamarazzaman Yaacob. Polis tidak lagi perlu masuk kampus untuk membuat operasi menangkap dan membalun mahasiswa. Polis tidak lagi perlu mengangkut trak berisi bom asap dan pancutan air beracun bagi menghadapi wajah garang mahasiswa. Secara beransur-ansur, Pemerintah berjaya mengubah wajah sensitif mahasiswa kepada satu wajah longlai dan ulat buku seorang sang kembiri.

Namun tahun 2010 seperti membawa nafas baru kepada kebangkitan mahasiswa yang berlaku dikebanyakan kampus. Darah panas orang muda yang menggelegak kembali mempersoalkan  hak dan tanggungjawab perjuangan. Dan demontrasi kembali menjadi warna untuk menyalurkan suara anti-penindasan dan ketidak puasan hati.


Demonstrasi  yang terjadi di Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)  menentang keputusan Pilihanraya Kampus yang  sepatutnya dimenangi oleh kumpulan Pro-Mahasiswa kelmarin  telah berjaya membuka mata ramai pihak bahawa suara demokrasi kembali bergema di kampus-kampus kita. Mahasiswa bukan lagi anak muda kembiri ulat buku. Mereka telah menjadi tebuan yang berani menggugat dan menggigit bila hak mereka dihimpit.

Di UKM, mahasiswa membantah keputusan pilihanraya di Fakulti Alam Bina dan Fakulti Kejuruteraan yang mengikut perkiraan asal dimenangi oleh Pro-Mahasiswa. Di UM pula suara mahasiswa telah berjaya mendesak pentadburan Universiti Malaya untuk membuat  keputusan  menggantung sementara keputusan pilihan raya kampus yang tidak telus dan memberi kelebihan kepada kumpulan aspirasi yang pro-kerajaan.

Di UPM pula, belum ada sebarang demontrasi dibuat walaupun pihak pentadbiran Universiti telah membatalkan kemenangan calon-calon Pro-Mahasiswa yang menang atas alasan yang sangat kebudak-budakan. Setakat ini belum ada maklumat dari kampus lain, tetapi ramai percaya zaman mahasiswa di cop sebagai anak muda kembiri sudah berlalu. 

Kepada mahasiswa, anda generasi pemimpin masa depan negara. Yang dituntut di menara gading bukan sekadar segunung ilmu tetapi selautan kematangan dan kedewasaan. Jangan berhenti menyuarakan hak anda. Katakan benar biarpun pahit!

~ pendikar gunung kriang

Friday, January 29, 2010

Mengapa Aduka Taruna Selalu Tutup Muka?


















kkk

Agak heran saya dengan Aduka Taruna ni. Semua gambar yang dirakamkan di mahkamah menunjukkan dia menutupkan separuh mukanya.

Malu apa dia hingga terpaksa tutup mukanya? Malu apanya, mukanya bukan buruk, malah boleh tahan hensemnya.  

Lagipun dia bukan lakukan jenayah. Dia bukan dituduh di bawah Kanun Acara Jenayah, Kanun Kesiksaan, Kanun Prosedur Jenayah atau apa-apa Akta dan Kanun lain yang ada kaitan dengan jenayah. 
Dia tidak bunuh orang, dia tidak letup orang dengan C4, dia tidak rogol budak perempuan 14 tahun, dia tidak raba punggung mana-mana perempuan, dia tidak cium mana-mana bini orang atau anak dara orang.Jadi mengapa malu?

Dia tidak lakukan jenayah. Dia hanya dituduh melakukan kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia. Jadi dia tidak perlu rasa malu. Tak perlu tutup muka hensemnya!

~ pendikar gunung kriang

Najib: Semua Yang Jahat Itu Kerja Umno!


Mengulas mengenai tuduhan pembangkang yang mengaitkan Umno terlibat dalam insiden membakar gereja baru-baru ini, Najib berkata perkara itu merupakan taktik pembangkang untuk memburuk-burukkan parti itu.

"Ini kaedah  pembangkang, mereka mesti menuduh Umno yang lakukannya... itu modus operandi mereka,"  katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno petang tadi.

Akhirnya Najib sedar apa pandangan pembangkang...oops...sebenarnya pandangan orang ramai, terhadap Umno. Akhirnya Najib sedar pandangan orang ramai ialah semua yang jahat itu kerja Umno! 

~ pendikar gunung kriang

Najib Patut Bangga Malaysia Sarang Pengganas

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menolak dakwaan Malaysia menjadi sarang pengganas ekoran penahanan 10 individu termasuk sembilan warga asing di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini.
 
Perdana Menteri berkata, penangkapan berkenaan disifatkan sebagai langkah pencegahan yang proaktif bagi memerangi sebarang unsur keganasan sama ada dalam atau luar negara.

"Malaysia bukan pusat operasi, tapi kita tahu sebagai sebuah negara kita amalkan perjalanan yang bebas kepada orang-orang luar. Kalau kita dapat tahu sama ada mereka buat lawatan singkat (ke negara kita) ataupun melalui negara kita menuju ke negara lain, kita ambil tindakan yang sewajarnya," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai spekulasi yang mendakwa Malaysia menjadi sarang pengganas selepas penangkapan 10 individu berkenaan yang mempunyai kaitan dengan pengganas antarabangasa.

(Sumber: mStar Online)

PGK: Dua hari lepas  nampak wajah Hishamudin bukan main ceria dan  sangat bangga ketika mengumumkan penangkapan 10 orang di bawah ISA. Patut Najib rasa bangga jika nama Malaysia terpahat sebagai salah sebuah negara sarang pengganas. Sekurang-kurangnya ia dapat mengharumkan nama 1Malaysia kepada dunia

Mengapa marah, Datuk Seri, patut banggalah!!

Aduka: Yang Wa Tulis Tu Novel Purbakala La, Ngok!


 
 Seorang penulis blog, yang disiasat berhubung kesalahan menghina Sultan Johor, didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini.

Khairul Nizam Abd Ghani, 29, yang dikenali dengan nama penanya Aduka Taruna, ditahan reman di Majistret Kota Bharu selama empat hari yang berakhir hari ini.

Beliau mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menghina dengan niat untuk menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat antara jam 7.25 sehingga 9.05 pada 22 Januari.

Khairul Nizam dituduh bawah Seksyen 233(1)(A)Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Mahkamah membenarkannya diikatjamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Masri Mohd Daud mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000.

Bagaimanapun, hakim Zamri Bakar mengurangkannya sebanyak RM5,000 dengan mempertimbangkan rayuan Khairul Nizam yang akan mengadakan majlis persandingan esok.

Pengantin yang baru sebulan mendirikan rumah tangga itu diwakili peguam Mohd Razlan Jalaludin.

Ketika ditemui Malaysiakini selepas prosiding tersebut, Khairul Nizam berkata, tulisan yang dimuatkan di dalam blognya hanyalah novel semata-mata.

"Ia (tulisan saya) hikayat kesultanan Melayu Melaka zaman dahulu," kata anak kelahiran Paroi itu.

Beliau kelihatan tenang sepanjang prosiding tersebut. Isterinya turut hadir di mahkamah tersebut.

Pemuda itu sebelum ini menyerah diri ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu dan direman empat hari yang berakhir hari ini. 

(Sumber: Malaysiakini)

Gambar Terbaru Aduka Taruna Di Mahkamah Seremban

Penulis blog Khairul Nizam Abdul Ghani atau Aduka Taruna, dibawa ke Mahkamah Majistrat Seremban, hari ini, atas tuduhan menghina Sultan Johor. 

Pereka grafik, Khairul Nizam Abd Ghani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban terhadap tuduhan menghina dengan niat untuk menyakiti institusi kesultanan Johor dalam blog Adukataruna pada 22 Januari lalu. - Bernama 

PGK: Eh....mana gambar puak Umno yang menghina Sultan Terengganu tu, bila nak hadapkan mereka ke mahkamah. 

Fail dah hilangkah wahai tuan Pendakwa Raya, atau bahan bukti sudah hilang dan mampos disembunyikan oleh  Hantu Raya??

Khalid Kena 6 Bulan, Hassan Cuma Amaran


Lembaga Disiplin PAS hari ini memutuskan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad digantung jawatan sebagai Yang Dipertua Shah Alam dan Ahli Lajnah Politik Pas selama enam bulan berkuat kuasa hari ini.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali diberi amaran bertulis.
Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin parti, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka boleh mengemukakan rayuan kepada PAS Pusat dan Majlis Syura.

(Sumber: mStar Online)

AdukaTaruna Terkini

Kawan blogger kita bernama Aduka Taruna itu akan dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Seremban sekejap lagi. Aduka diberitakan tiba di mahkamah pada jam 3.15 petang tadi. Hingga jam 3.45 tadi Pendakwaraya belum tiba untuk memulakan  prosiding.

Semoga Aduka akan dibicarakan dengan adil. Tentunya seadil hukuman terhadap Umno yang menghina Sultan Terengganu!!

~ pendikar gunung kriang

Ooi Pak Menteri, Rakyat Yang Minta Atau Hanpa Yang Hulur?



JULAU: Penduduk luar bandar boleh menyumbang dalam proses pilihan raya yang bersih dan adil serta demokratik tetapi jangan mengharapkan atau meminta sebarang "insentif" apabila mengundi.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum berkata pembayaran insentif juga boleh menambahkan lagi kos pilihan raya untuk seseorang calon.

(Sumber: Bernama)

 PGK: Ha...ha...ha...Bukan nak tiru gelak cap Hishamuddin Rais, tapi saya nak tergelak sungguh dengan kenyataan menteri anak gandum itu. Dia ni spesis menteri cap ayam yang  buat-buat tak tahu, buat-buat bodoh atau memang pure bangang?

Orang kampung yang minta insentif dari parti Pemerintah atau parti Pemerintah itu yang saja gatal-gatal hulur sogokan dalam setiap kali pilihanraya untuk mendapatkan undi? Kalau tidak ada orang yang memberi, mungkinkah ada yang menerima? Hanpa bagi jalan, tak kan kami tak guna? Hanpa bagi masjid atau surau tak kan kami nak biarkan ia kosong?

Setiap pilihanraya kecil depa labur bukan puluhan juta, tapi ratusan juta dalam bentuk projek mi segera, hadiah berbentuk wang dan material. Adakah semua ratusan juta itu memang orang kampung yang minta atau depa yang saja gatai nak hulur? Mengapa tak bagi selumayan masa di luar  pilihanraya kecil atau pilihanraya umum?

Itu sogokan ratusan juta dalam pilihanraya kecil. Dalam pilihanraya umum walaupun mungkin bukan ratusan juta untuk satu kawasan, tapi bila sudah campur semua kawasan DUN dan Parlimen, alahai...kiralah sendiri betapa banyak jumlahnya.

Bangang punya kenyataan! (menteri itu tidak bangang kerana kenyataan yang dibuat mungkin ketika dia sedang mamai)

Thursday, January 28, 2010

Gambar Ini Najib Tak Suka Tengok


 (foto: Bernama)





(foto: Harakahdaily)



Foto-foto di atas  menggambarkan kemesraan di antara TG Nik Aziz yang  beramah mesra dengan sebahagian tetamu yang hadir dalam majlis perjumpaan dengan ketua-ketua penganut agama di Kota Bharu sebentar tadi.   Perjumpaan itu turut dihadiri ketua-ketua Majlis Perundangan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia, K. Kamalanathan dan Ketua Kesatuan Agama Kristian Malaysia, Bishop Ng Moon Hing.

Perdana Menteri 1Malaysia yang ingin menonjolkan dirinya sebagai jaguh perpaduan kaum di sebalik kebakaran gereja dan surau serta pembuangan kepala babi hutan di masjid tentu tidak berapa senang melihat gambar kemesraan pelbagai kaum sebegini.

~ pendikar gunung kriang

Eh, Apa Dah Jadi Nie Khalid?

NONE












Khabar angin kononnya populariti Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mula terhakis selepas berkuasa dua tahun ternyata bukan cakap-cakap kosong.

Menurut bancian Merdeka Centre, mereka yang berpuas hati dengan pentadbiran Menteri Besar itu telah jatuh lapan mata sejak beberapa bulan lalu - ia mencatatkan 62 peratus pada Jun 2009 tetapi menjunam kepada 54 peratus pada Januari tahun ini. Bancian dijalankan ketika rasa tidak puas hati dengan pentadbiran Khalid berhubung beberapa isu yang dikendalikannya.

Bagaimanapun, tahap mereka yang berpuas hati dengan kerajaan negeri pimpinannya tidak banyak berubah - 60 peratus masih menyokong kerajaan negeri yang diterajui PKR itu berbanding 64 peratus pada Jun 2009.

(Sumber: Malaysiakini)

PGK: Kajian Merdeka Centre itu tidak boleh dipandang ringan oleh pentadbiran negeri Selangor yang diterajui oleh PKR. Kajian itu sekurang-kurangnya menunjukkan dua perkara. Pertama, dalam tempoh 6 bulan lepas, keyakinan rakyat terhadap Khalid selaku Menteri Besar semakin merosot. Kedua, keyakinan rakyat terhadap pemerintahan PR di Selangor tidak banyak terjejas, walaupun ada sedikit penurunan.


Harap Merdeka Centre juga membuat kajian tahap keyakinan rakyat terhadap beberapa negeri yang diperintah oleh PR. Kajian itu boleh dijadikan panduan bagi memperbaiki kelemahan pentadbiran negeri-negeri berkenaan.

Bukan Pecat, Bawa Dia Jumpa Pakar Psikitrik


suka bercakap...gila bercakap....


Saya mengikuti banyak pandangan dalam blog-blog pro-PR yang kebanyakannya menghentam Zulkifli Nordin. Kebanyakan yang menghentam ini memberi syor yang sama: pecat mamat yang tak habis-habis menyalak tu!


Pecat Zulkifli? Adakah dengan memecat Zul dia akan menghentikan salakannya? Saya rasa tidak! Malah salakannya akan bertambah nyaring. Salakannya bertambah nyaring kerana dia merasa isu-isu yang dibawanya diberi perhatian oleh pihak media dan blogger. Tak kiralah sama ada menyokong atau mengkritiknya, tapi dia merasa suaranya diberi perhatian. Ini membuat dia rasa menjadi orang penting. Dan orang penting tidak akan berhenti menyalak hingga dia nampak suaranya tidak diberi perhatian ramai lagi. 


Zul akan berhenti menyalak apabila salakannya tidak lagi disahut oleh media dan blogger. Mungkin Utusan Malaysia dan Berita Harian akan terus menulis mengenai Zul, tapi jika blogger tidak menulis lagi mengenai apa yang dilakukannya, ia akan mematahkan sedikit semangat Zul untuk terus membangkitkan isu-isu remeh dan merapu. Zul pasti akan berhenti bercakap jika dia menyedari dirinya hanya seperti kisah si-Luncai dengan labu-labunya:



Zul terjun dengan isu-isunya
biarkan-biarkan!!


Memang gila bercakap Zul telah sampai ke tahap kronik.  Semua orang - Khalid Samad, pemimpin Pas, Anwar Ibrahim, pemimpin PKR, semuanya dia nampak salah. Dan semalam dia menuduh Pakatan Rakyat sebagai sebuah pakatan revolusi yang ingin meminda perlembagaan negara secara kekerasan. Itu kenyataannya yang paling melampau. Dia seperti sudah semakin hilang kawalan ketika bertindak, seperti paranoid!


Bagi menghadapi kekalutan yang dicetuskan Zul, mungkin kita boleh membuat dua pendekatan. Pertama, biarkan saja dia bercakap dan jangan ulas apa-apa tentangnya  lagi. Kedua, bagi mereka yang rapat dengan Zul,  bantulah dia untuk mendapatkan rawatan di klinik psikitrik. Orang ini seperti ada masalah jiwa yang cuma boleh diatasi oleh pakar sakit jiwa.




~ pendikar gunung kriang

Wednesday, January 27, 2010

Rais Berubah Lagi - Dah Agak Dah....




Baru kelmarin Rais Yatim berkata Aduka Taruna tidak perlu dihukum atas kesalahan menghina al-marhum Sultan Johor selepas dia  memohon maaf.

Tapi baru sehari, tiba-tiba pendirian Rais sudah berubah. Rais beritahu pemberita hari ini, maaf saja tidak memadai, Aduka perlu didakwa di mahkamah. Sebabnya?


"Memohon maaf kepada diraja  soal di luar undang-undang, (dan) terserahlah kepada budi pihak diraja berkenaan sama ada menerima atau tidak. Tetapi lunas undang tetap harus berjalan," katanya pada satu sidang akhbar hari ini.

Tapi apa nak heran jika pendirian Rais berubah. Semasa dalam Semangat 46 dulu pun dia berkata jambatan sudah dibakar dan dia bersumpah tidak akan menyertai Umno semula. Tapi akhirnya dia menyertai Umno semula. Memang betul jambatan sudah dibakar, tapi Rais menggunakan kren untuk masuk Umno balik.

siakap senohong
gelama ikan duri
bercakap bohong
lama-lama jadi menteri


Sama ada Rais berbohong kerana terpaksa atau dipaksa perkara lain. Tapi cakapnya dari dulu memang tak boleh pakai.



http://pendikargunung.blogspot.com


~ pendikar gunung kriang

Tuduh PR Pakatan Revolusi, Zul Dah Keterlaluan!!


KUALA LUMPUR, Jan 27 — Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dilihat “sudah keterlaluan” ekoran kenyataan terbarunya mendakwa PKR dan Pakatan Rakyat (PR), yang diwakilinya, sedang menggerakkan revolusi untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, Setiausaha agung baru PKR Saifuddin Nasution berkata kenyataan Zulkifli adalah sangat serius kerana PR yang dianggotai tiga parti telah bersetuju dengan memeterai Dasar Bersama bulan lalu.

Dasar itu menekankan pendirian menerima Islam sebagai agama rasmi, kedudukan Raja-raja Melayu, hak keistimewaan Bumiputera dan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan.

“Bagi saya ia satu kenyataan serius dan tiada asas sama sekali... jadi saya tidak tahu apa asas beliau apabila mengatakan adanya agenda revolusi dalam PKR dan Pakatan. Ini adalah fakta kerana kita ada dokumen, yang ditandatangani pemimpin dari tiga parti, di mana beliau sendiri hadir pada majlis konvensyen Pakatan tempoh hari. Yang mengejutkan saya ialah ada Ahli Parlimen yang tidak sedar tentang kewujudan dokumen ini dan tidak bersedia untuk menerima hakikat,” kata beliau kepada The Malaysian Insider di sini.

Dalam temu bual dengan akhbar tempatan, Zulkifli yang menjadi personaliti tumpuan arena politik tempatan sejak seminggu lalu berkata “saya percaya mereka (PKR) ada agenda mereka sendiri, bukan untuk pembaharuan. Agenda mereka adalah revolusi. Di mana mereka mengubah fundamental asas tunjang masyarakat, misalnya menjadikan Islam dan agama lain sama taraf. Hak keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, saya merasakan mereka akan keluarkan. Saya tidak memanggil ia sebagai pembaharuan, ia adalah satu revolusi. Jadi ia harus dimaklumkan kepada orang ramai kerana mereka mesti tahu ini yang akan kita (dalam Pakatan) akan lakukan jika kita mengambil alih kerajaan,” kata Zulkifli.

Zulkifli juga memberita beliau tidak bersetuju dengan usaha meminda Perlembagaan Persekutuan kerana ia adalah tunjang negara.

Malah kata Saifuddin, isu PR akan meminda Perlembagaan Persekutuan juga tidak timbul kerana kesemua komponen ikatan sudah bersetuju dengan empat perkara asas yang dijelaskan dalam Dasar Bersama.

“Ini adalah satu kenyataan yang amat mengelirukan,” katanya lagi.

Saifuddin berkata Zulkifli seharusnya bersedia untuk menerima hakikat bahawa PKR dan PR sudah berjalan jauh dan beliau harus berlapang dada untuk menerima hakikat semasa.

“Pandangan Zulkifli tidak betul... kita ada Dasar Bersama, kita sudah jauh ke hadapan. Saya tahu Zulkifli seorang banyak membaca. Jalan keluar ialah, apa yang beliau perlu lakukan ialah baca dokumen Dasar Bersama itu... tidak wajar beliau membuat kenyataan mendakwa ada pihak yang mahu menyamakan agama Islam sama taraf dengan agama lain,” katanya lagi.

PKR semalam membuat keputusan merujuk kes Zulkifli kepada Lembaga Disiplin parti untuk menyiasat serta membuat keputusan terhadap beliau dalam masa 30 hari. Parti juga mengeluarkan “gag order” atau larangan supaya beliau tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh memudaratkan parti serta merosakkan perpaduan PR.

Ahad lalu, beliau membuat laporan polis agar rakan sejawatannya dari Shah Alam, Khalid Samad, wakil PAS supaya disiasat di bawah Akta Hasutan kerana mengesyorkan enakmen agama Islam Selangor dikaji semula.

Sementara itu anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Zaid Ibrahim dalam blognya berkata, keputusan semalam tidak mencerminkan keseriusan parti itu menyelesaikan isu disiplin di kalangan ahlinya.

“Hebat bunyi keputusan PKR. Nak ikut “due process “ atau proses keadilan dalam undang-undang. Sebenarnya ramai orang merasakan PKR tidak serius untok mengambil tindakan. Malah ada yang mengagak tidak akan ada satu keputusan yang tegas akan diambil dalam tempoh tersebut,” katanya.

Zaid berkata beliau yakin PKR tidak mampu mempertahankan sesuatu prinsip utama dalam perjuangannya.

Ketika ditanya pandangan bahawa Zulkifli bertindak seolah-olah beliau tidak boleh disentuh, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, PKR sebenarnya mahu memberi peluang keadilan yang secukupnya kepada wakil rakyat itu.

“Kami hendak memberikan beliau semua pilihan mengikut semangat keadilan sejagat,” kata beliau sambil menambah, parti hendak memberinya segala ruang prosiding.

Saifuddin berkata PKR tidak bertindak berhubung pendiriannya tentang isu kalimah Allah.

“Tetapi kami ambil tindakan apabila laporan polis beliau (ke atas Khalid Samad) yang membelakangi saluran dan mekanisme parti,” katanya.

“Kami tidak bertindak kerana beliau memperjuangkan Islam, kami tidak bertindak kerana beliau seorang pejuang Islam atau pejuang Melayu... tapi bertindak kerana membuat laporan polis dan ini adalah isu pelanggaran disiplin,” katanya lagi.

Oleh itu kata beliau, Zulkifli sebagai wakil rakyat dan ahli PKR seharusnya menghormati aspek disiplin parti.

(Sumber: Malaysian Insider)

Kementerian Hishamudin Yang Heran Bin Ajaib



Lima puluh orang, termasuk rakyat asing dan pelajar universiti tempatan, ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Khamis lalu, kerana disyaki terbabit dalam keganasan, demikian menurut peguam Edmund Bon. Menurut Edmund yang juga adalah peguam Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), mereka yang ditahan dibawa ke ibu pejabat polis Bukit Aman. Menurutnya, 38 orang daripada mereka dibebaskan sehari selepas itu, manakala 12 lagi masih ditahan.

Edmund juga berkata, beliau telah bercakap dengan beberapa mereka yang telah dibebaskan dan sedang berusaha menemui mereka yang masih ditahan.


Bagaimanapun menurut Kementerian Dalam Negeri  (KDN), pihaknya belum dimaklumkan mengenai penangkapan itu.

(Sumber: Malaysiakini)


PGK: KDN tidak tahu penangkapan di bawah ISA? Kalau yang tidak tahu mengenai penangkapan di bawah ISA itu ialah Kementerian Pertanian, Kementerian Kerjaraya atau Kementerian Perumahan, masuk akal juga. Tapi bila KDN yang bertanggung jawab terhadap ISA pun tidak tahu hal ini, ia seperti something wrong somewhere!


Bukankah waran penangkapan di bawah ISA perlu ditanda tangani oleh Menteri Dalam Negeri dan perlu juga diambil maklum oleh Ketua Setiausaha KDN?


Jika dua individu paling berkuasa di KDN ini tidak tahu, siapa yang mengarahkan penangkapan 50 pelajar itu. Tak kan dalam KDN pun ada hantu raya atau pelesit yang boleh membuat tangkapan secara ghaib?


Heran bin ajaib!!


~ pendikar gunung kriang

Gempaq - Dua Kepala Babi Ditemui Di Depan Dua Masjid

gg
/index.php/malaysia/50981-pig-heads-left-at-mosque  
Dua kepala babi yang telah diceraikan dari badannya dilaporkan ditemui di dua buah masjid sekitar lembah Kelang awal pagi tadi. Seorang pegawai Masjid At-Tarmizi, Taman Sentosa, Hazelaihi Abdullah memberitahu  Associated Press (AP) dia terkejut melihat dua kepala babi di pekarangan masjid ketika hendak menunaikan solat Subuh pagi tadi.

Hazelaihi juga memaklumkan dia diberitahu sebuah lagi masjid berdekatan telah menjadi mangsa kejadian yang serupa.


Ketua Polis Selangor, Khalid Abu Bakar memberitahu AP yang dia cuma dapat mengesahkan satu masjid menjadi mangsa kejadian itu.


Nampaknya rentetan kejadian isu penggunaan nama Allah masih belum selesai. Gereja dan surau sudah dibakar dan kini kepala babi pula diletakkan di pekarangan masjid. 

Mungkin bagi puak-puak yang suka lihat pertelagahan kaum ini, mereka tidak akan berpuashati hingga ada yang tercedera atau terbunuh. Jika pihak polis tidak mengambil tindakan tegas, saya khuatir lepas kepala babi ada pula kepala manusia yang diletakkan di depan masjid, surau atau gereja!




~ pendikar gunung kriang

Berita Seram Untuk Pengguna Kereta Toyota


















Anda pengguna kenderaan Toyota? Jika anda pengguna Toyota ini ada satu berita sangat buruk untuk mereka: syarikat pembuat kenderaan Jepun paling laris di dunia Toyota Motor Corp berkata mereka akan menggantung 8 model Toyota, termasuk model-model yang popular di Malaysia kerana masalah  accelerator pedals.  Berita buruk itu menyebabkan saham Toyota jatuh merudum 2.7% pada pertengahan pagi ini, berbanding dengan kejatuhan cuma 0.2%  secara purata di pasaran saham  Nikkei,  Jepun sebelumnya. 

Antara kenderaan yang didapati tidak selamat digunakan ialah model Toyota yang terlaris di Amerika Utara, Camry, untuk model-model yang dikeluarkan sejak  2007. 

Juga termasuk dalam senarai yang tidak selamat digunakan ialah Toyota RAV4, Corolla dan Matrix model-model tahun 2008-2010,  Tundra model tahun 2007-2010, Avalon model  2005-2010  dan Highlander model 2010.

Kepada anda pengguna-pengguna kenderaan itu, sebagai pilihan anda boleh gunakan kenderaan lain yang lebih selamat misalnya LRT. Di negeri-negeri yang tiada LRT anda boleh jalan kaki yang tidak perlu mempunyai accelerator pedal.

~ pendikar gunung kriang

Berita Buruk Untuk Penjawat Awam Sudah Sampai




Mulai saat ini penjawat awam pasti tak boleh duduk senang lagi. Dulu depa ingat kerja dengan kerajaan ada security - rawatan kesihatan dan ubat percuma, dapat kuaters percuma, pinjaman mudah untuk membeli  kenderaan, rumah, komputer dan lain-lain, ada KWSP, disediakan pencen dan ganjaran persaraan dan yang paling menarik kerja selamat, tidak boleh dibuang kerja, kecuali jika terlibat dengan jenayah dan masalah disiplin yang sangat-sangat teruk.

Tapi semua mimpi indah itu mungkin akan berakhir tidak lama lagi. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mengumumkan kelmarin kerajaan sedang mengkaji kemungkinan memperkenalkan sistem  sistem mengambil dan membuang pekerja yang diguna pakai oleh sektor swasta tidak loama lagi. 

Ini bermakna penjawat awam yang gagal menunjukkan prestasi  paling terbaik mungkin akan ditamatkan perkhidmatan serta merta. Tidak seperti sekarang, mereka yang buat kerja cincai juga boleh kerja hingga pencen. Jika dihukum pun hanya menerusi pemberian gaji statik, tapi tiap bulan masih juga dapat gaji, cuma tiada pergerakan gaji tahunan. 

Jika kata-kata Dr Koh ini dilaksanakan, pemberhentian kerja penjawat awam tidak perlu lagi  melalui pelbagai  jawatankuasa disiplin peringkat jabatan, peringkat kementerian dan jawankuasa rayuan untuk membolehkan mereka dibuang kerja. Juga mungkin tidak perlu lagi tindakan tatatertib, termasuk buang kerja,  melalui pelbagai prosedur yang begitu rumit dan cermat yang dipraktikkan sebelum ini bagi mengelakkkan ada yang teraniaya.

Mengapa kerajaan hendak mengguna pakai prosedur pembuangan kerja sektor swasta untuk penjawat awam? Mungkin salah satu faktornya ialah kedudukan kewangan negara kini yang berada di tahap yang sangat menyesakkan nafas. Kerana kesuntukan wanglah maka baru-baru ini tersebar berita beberapa elaun mungkin ditarik balik. Walaupun ia dinafikan, tapi bukan rahsia lagi bahawa semua kementerian dan jabatan di peringkat pusat dan negeri sedang menghadapi masalah kewangan yang serius. Peruntukan tahun baru 2010 banyak yang dipotong, hingga ramai Ketua Jabatan yang pening kepala. Bila saya ke hospital kerajaan  baru-baru ini terdengar bualan pembantu farmasi mengenai pesakit-pesakit yang merungut kerana ubat yang biasa mereka gunakan diganti dengan ubat lain yang lebih murah. Guru Besar sekolah anak saya pula merungut tentang perbelanjaan utiliti (air dan api) yang dulunya ditanggung oleh Jabatan Pelajaran, kini terpaksa menggunakan peruntukan sekolah yang juga banyak dipotong dan dirincik-rincik di sana sini.


Kini negara mempunyai kira-kira 1.2 juta penjawat awam. Mungkin selepas ini ramai yang akan diberhentikan kerja mengikut sistem pemberhentian kerja sukarela (VSS) yang diamalkan oleh sektor swasta sekarang. Dengan itu kerajaan dapat menjimatkan wang untuk perkara lain yang lebih berfaedah termasuk menaja  Team Silver Arrow dengan pemandu sensasi Michael Schumacher menerusi peruntukan Petronas.



Kepada penjawat awam, tingkatkan prestasi ke peringkat paling wahid atau anda akan dibuang kerja. Tapi jika anda bekerja baik pun, ia tidak menjamin 100% masa depan anda. 

Berita buruk dari menteri sudah sampai, bersedialah.




~pendikar gunung kriang

Tuesday, January 26, 2010

Awat Zul Kulim Semakin Kebudak-Budakan?


Salah satu perangai semula jadi budak-budak kecil ialah kalau dia dihukum, dia mahu orang lain pun akan dikenakan hukuman yang sama juga. Dia tak berpuas hati jika dia seorang saja yang dihukum.



Jika di rumah anda berleter dengan anak sulung yang suka buang sampah merata-rata,  dia bukan hendak minta maaf sambil berjanji untuk tidak mengulanginya. Sebaliknya dia akan berkata, "Alah...Angah dan Usu pun buang sampah merata-rata juga!"



Itulah budak-budak, kita tegur dia, tapi dia bercakap mengenai orang lain pula. Tak relevan langsung!!


Tapi itu cerita budak-budak. Malaysian Insider sebentar tadi melaporkan ada seorang bapa budak yang perangainya macam budak-budak, malah lebih teruk daripada  budak-budak.



Ia mengenai Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, yang dirujuk oleh  pucuk kepimpinan PKR kepada lembaga disiplin. Apa komennya bila ditanya mengenai keputusan parti terhadapnya? 

Jawapannya macam budak-budak belum bersunat: Zulkifli mahu PAS mengambil tindakan yang serupa (merujuk ke lembaga disiplin)  terhadap Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang mengesyorkan agar Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) dikaji semula.

“Adalah tidak adil mengenakan tindakan ini ke atas saya seorang sahaja. PAS juga perlu mengambil tindakan seperti ini ke atas Khalid", kata budak berketayap itu.

Zul Kulim ni mungkin terlupa Khalid adalah ahli Pas. Hal Khalid adalah hal rumah tangga Pas. Apa hak Zul nak minta Pas menghukum ahlinya? Bagaimana seorang yang berlatar belakangkan peguam sampai terfikir hujah sedangkal itu?


Satu ketika dulu saya sangat kagum dengan Zul Kulim ini, terutama di era reformasi, di mana dia adalah salah seorang peguam terkemuka yang membela kes Anwar. Selain dari itu Zul juga terkenal dengan kelantangannya menentang ketidak upayaan pemerintah menghadapi isu murtad orang-orang Melayu.


Namun perkembangan mutakhir ini menyaksikan Zul seperti manusia yang semakin kehilangan arah dan makin merapu ideanya. Tindak tanduknya semakin menjengkelkan. 

Dan apabila dia sudah berperangai semakin mirip keanak-anakan, rasa hormat terhadapnya pun semakin luntur dan hilang.


http://pendikargunung.blogspot.com/


~ pendikar gunung kriang

Gambar Ini Najib & Dr Mahathir Tak Suka Tengok

/index.php/malaysia/50856-police-take-wan-azizahs-statement-on-sodomy-ii


Ini gambar yang baru dimbil di Ibu pejabat PKR petang tadi. 

Keceriaan yang dikongsi Anwar, Wan Azizah, Syed Hussain Ali dan kepimpinan PKR ini sangat-sangat dicemburui oleh Najib, Dr Mahathir dan kepimpinan BN.

Menteri Atau Polis Yang Bercakap Betul?


Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.berkata Kerajaan tidak berhasrat mengambil tindakan terhadap penulis blog yang memohon maaf secara terbuka kerana menyedari kesilapan dalam penulisan blog mereka. Bagaimanapun, katanya, penulis blog yang terbabit dengan sesuatu kesalahan haruslah membuat permohonan maaf secara formal kepada pihak yang berkaitan.

Beliau berkata demikian kepada Bernama sebagai mengulas penulis blog Anduka Taruna yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat Jumaat lalu.

Nampaknya apa yang Rais kata tidak sama dengan apa  yang Ketua Polis Johor katakan. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dua hari lepas berkata  kesalahan Aduka adalah sangat serius dan tidak dapat dimaafkan. Dan kerana tidak dapat dimaafkanlah itu agaknya, selepas saja ditahan di Kota Baru, Aduka  yang  berasal dari Negeri Sembilan itu terus dibawa ke Johor untuk siasatan lanjut. Kabarnya malam ini  Aduka akan bermalam di lokap polis Batu Pahat untuk  proses soal siasat. Ada satu versi lagi kata dia dibawa ke Bukit Aman.


Jadi sapa yang cakapnya betul nie - menteri atau polis? Boleh dimaafkan, seperti kata menteri atau tiada maaf bagimu, seperti kata polis?



~ pendikar gunung kriang

Mana Lebih Biadab: Mampus Atau Binatang?


Pagi tadi ketika sedang membeli sarapan di sebuah warung, tiba-tiba terdengar brek kecemasan kereta ditekan dengan bunyi yang kuat tidak sampai 10 meter dari tempat saya berdiri. Rupanya pemandu kereta - seorang wanita - cuba mengelak seorang pemuda bermotorsikal yang membuat pusingan U di tempat yang tidak dibenarkan.


"Nak mampoih betoi budak tu. Nasib baik tak kena langgaq!," kata mak cik penjual nasi lemak.


"Eei...mak cik, jangan sebut perkataan mampoih, nanti polis tangkap!" tiba-tiba pemuda di belakang saya berkata.


"Awat pula sebut 'mampoih' tak boleh? Dia memang lapaq mampoih!" kata mak cik separuh tercengang.


"Mak cik tak tau ka ada orang dah kena tangkap polis sebab sebut perkataan mampoih (mampus)?  Tapi kalau nak sebut Raja tu menatang (binatang) tak pa, makcik, tak salah..."


Mak cik penjual nasi lemak itu cuma tersenyum. Entah dia faham atau tidak dengan apa yang cuba dikatakan oleh pemuda di belakang saya itu, entahlah. Tapi bagi mereka yang faham, apa yang cuba diperkatakan pemuda itu kini sedang hangat diperbualkan oleh ramai orang. Ia mengenai blogger Aduka Taruna yang ditahan polis kerana menyebut perkataan 'mampus' bagi merujuk kepada kemangkatan al-marhum Sultan Johor. 
Tapi itu cerita Aduka dan al-marhum Sultan Johor. Di Terengganu pula lain ceritanya: Sultan pernah dipanggil natang (binatang) oleh puak Umno pada Mac 2008, tetapi hingga kini tiada siapa pernah dituduh di mahkamah kerana menghina Sultan walaupun laporan polis pernah dibuat mengenainya.












Apa bezanya 'mampus' dan 'binatang',  bukankah kedua-duanya membawa maksud menghina? Tapi jika diteliti perkataan 'binatang' itu lebih  teruk dan lebih biadab maksudnya berbanding 'mampus'. Sekurang-kurangnya mangkat, mati dan mampus membawa maksud yang sama. Jika tak percaya, cuba selak kamus, ketiga-tiganya diterjemahkan sebagai dead dan pass away dalam Bahasa Inggeris. Cuma tempat ia digunakan saja berbeza mengikut kehalusan budaya Melayu. 
Tapi perkataan 'binatang' dan 'Tuanku' tidak membawa maksud yang sama dalam Bahasa Inggeris. Bezanya bagai langit denga bumi. Jika tidak percaya, bukalah kamus!


Tapi mengapa menyebut perkataan yang lebih berat penghinaannya itu tidak dihukum? Adakah kerana yang menyebut perkataan yang tersangat biadab itu ialah pengikut Umno, maka ia tidak dikenakan hukuman? Tak kan  di negara 1Malaysia ni ada dua set undang-undang untuk pengikut Umno dan bukan pengikut Umno?



Catatan terkini: Aduka Taruna diperintah tahanan reman sehingga 29hb. Januari, 2010.



~ pendikar gunung kriang

Zul Kulim Nie Nak Kena Sunat Sekali Lagi Kot?

 
Zulkifli Tidak Tarik Balik Laporan Polis Terhadap Khalid

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen kawasan Kulim Bandar-Baharu Zulkifli Noordin tidak akan menarik balik laporan polis yang dibuatnya terhadap Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad walaupun telah diminta berbuat demikian oleh penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zulkifli daripada PKR berkata beliau akan hanya berbuat demikian jika Khalid daripada PAS, menarik balik kenyataannya yang menyebut Enakmen Agama Islam negeri Selangor yang melarang penggunaan kalimah Allah ketinggalan zaman, serta memohon maaf kepada seluruh umat Islam dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Hari ini saya telah diminta oleh Datuk Seri Anwar untuk tarik balik laporan itu. Saya jawab tak ada sebab untuk tarik laporan itu, melainkan Khalid tarik balik kenyataan mengenai enakmen tersebut, minta maaf kepada umat Islam dan Sultan," katanya kepada Bernama di sini, malam semalam.

(Sumber: mStar)


PGK: Degilnya dia, arahan boss pun buat tak kisah aje!! Jika kerja makan gaji  dengan orang, kalau tak kena pecat 24 jam, confirm dah dapat surat tunjuk sebab nie. 


Nak kena sunat sekali lagi baru degilnya kurang sikit kot?

Rosmah Model Baru Iklan Menyusu Bayi

Dulu pernah heboh 1Malaysia dengan gambar Datin Rosmah peluk aktor Bollywood. Dan hari Ahad lepas ada satu lagi adegan peluk membabitkan Rosmah:




(foto dari Kedah La Nie)


Peristiwa ini dirakamkan selepas Dato’ Lee Chong Wei berjaya menewaskan Boonsak Ponsana dalam Kejohanan Badminton Super Series Terbuka Malaysia Proton 2010. 

Mungkin bagi Rosmah, pelukan ini tidak ada apa-apa, ia cuma seperti pelukan antara ibu dan anak. Dan jika kita renung dengan teliti, ia memang  sebiji bagai pelukan antara ibu dan anak! Cuba lihat hidung dan bibir Lee Chong Wei, bukankah ia tepat mengenai t***k ibunya?


Mungkin adegan ini sesuai dimasukkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam kempen menyusu bayi!!


~ pendikar gunung kriang

Monday, January 25, 2010

Misi Damai Superbike Ala-Zahid, Boleh Caya Ke?

DATO ZAHID DI RAUB


Saya rasa lucu dengan cerita Menteri Pertahanan bernama Zahid Hamidi itu yang kini dalam "misi damai" di Thailand. Seperti laporan Bernama, menteri otai 58 tahun itu  menunggang superbike Honda Gold Wing berkuasa 1,800 cc diiringi 50 penunggang dan 40 pembuncing terdiri daripada personel kanan tentera dan profesional dari tiga negara Malaysia, Thailand dan Indonesia. Perjalanan mereka bermula di Chiang Rai, Thailand Rabu lepas dan dijadual berakhir di Bukit Kayu Hitam.


"Keamanan boleh disumbangkan secara tidak rasmi (menerusi ekspedisi superbike). Sebenarnya, kami memupuk diplomasi tidak rasmi. Walaupun kami datang dari tiga negara, dan terdiri daripada beberapa bangsa, agama dan latang belakang, kami bercakap dengan bahasa sama - bahasa motosikal," kata  Zahid.


Ewah....baru kali ini saya tahu keamanan boleh disumbangkan menerusi ekspedisi superbike! Cuma yang saya heran, mengapa ketika Perak sedang bergolak sakan dulu, Zahid tidak menggunakan ekspedisi superbike bagi menenangkan penyokong-penyokong BN yang bertindak merampas kuasa MB yang dipilih rakyat dan kemudian merampas kuasa Speaker DUN?


Dan satu lagi, ketika Perak masih dikuasai PR, Zahid adalah antara dalang bagi mewujudkan ketidak amanan dalam pentadbiran negeri, termasuk pernah mengada-adakan cerita ada tadika Kemas di Perak dikunci. Zahid juga yang ketika itu menteri di JPM pernah mengeluarkan arahan melarang pegawai Persekutuan menghadiri apa jua aktiviti di peringkat negeri. Mengapa Zahid tidak mengadakan ekspedisi damai superbike ketika itu, tetapi sengaja mewujudkan suasana bagi mengkucar-kacirkan pentadbiran negeri?


Zahid...oh..Zahid. Janganlah bersandiwara di balik ekspedisi superbike kononnya untuk mewujudkan perdamaian. Kami rakyat tahulah dari dulu lagi hang suka naik motor besar hingga pernah kemalangan di Indonesia. Mengapa bersandiwara?


Cuma sebagai menteri, Zahid kini dapat naik superbike dengan minyak yang dibekalkan oleh kerajaan. Makan angin separuh Thailand dengan duit rakyat. Tapi tak apalah, demi "misi damai"lah katakan. 

Mungkin berkat "misi damai" Zahid, lepas ini tiada letupan bom lagi di selatan Thai!!

http://pendikargunung.blogspot.com/


~ pendikar gunung kriang