Monday, January 25, 2010

Aduka Taruna Serah Diri Sebagai Anak Jantan

Aduka Taruna (AT) memang berani - seberani gaya penulisannya. Dan dengan langkah berani itulah yang membawa kaki  AT  untuk menyerah diri  di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Kota Bharu pada jam 4.40 petang tadi. Dia tidak seperti sebahagian mereka sama ada dari BN atau PR yang akan bersembunyi di dalam lubang cacing atau lari keluar negara bila sudah masuk dalam senarai wanted polis. Dia betul-betul bertindak seperti anak jantan.
 

Malaysiakini melaporkan seorang anggota balai polis Kota Bharu mengesahkan kesnya dikendalikan oleh Bukit Aman. Ketika menyerah diri hari ini Aduka Taruna dikatakan ditemani beberapa rakan penulis blog daripada negeri Kelantan.

Setakat jam 6.45 petang tadi, masih belum pasti sama ada polis akan memohon perintah reman terhadap penulis berkenaan. Butiran lain penahanan, termasuk di bawah seksyen mana dia disiasat juga belum jelas. 


Apapun, tahniah kepada AT yang menyerah diri seperti anak jantan. Ketelanjurannya yang menghina al-marhum Sultan, biarlah undang-undang yang mengadilinya. Semoga kes ini diselesaikan dengan cara baik. 

Walaupun sekali-kali tidak menyokong gaya penulisan AT, tapi perlu disedari dalam dunia yang penuh dengan manusia munafik yang gila kuasa dan kejam ini, kita memerlukan seseorang yang segila dan secelupar AT bagi menghadapi kecelaruan hidup ini.


~ pendikar gunung kriang

2 comments:

mn said...

idop MELAYU..kah kah kah kah

Anonymous said...

hurmmm...dh buat kene tanggung la....hurmmmm kalo gila ngan celupar pun jgn la sampai ckp mampos.... PADAN MUKA DIA!!!!!!!!!!!

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.