Friday, January 29, 2010

Aduka: Yang Wa Tulis Tu Novel Purbakala La, Ngok!


 
 Seorang penulis blog, yang disiasat berhubung kesalahan menghina Sultan Johor, didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini.

Khairul Nizam Abd Ghani, 29, yang dikenali dengan nama penanya Aduka Taruna, ditahan reman di Majistret Kota Bharu selama empat hari yang berakhir hari ini.

Beliau mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menghina dengan niat untuk menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat antara jam 7.25 sehingga 9.05 pada 22 Januari.

Khairul Nizam dituduh bawah Seksyen 233(1)(A)Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Mahkamah membenarkannya diikatjamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Masri Mohd Daud mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000.

Bagaimanapun, hakim Zamri Bakar mengurangkannya sebanyak RM5,000 dengan mempertimbangkan rayuan Khairul Nizam yang akan mengadakan majlis persandingan esok.

Pengantin yang baru sebulan mendirikan rumah tangga itu diwakili peguam Mohd Razlan Jalaludin.

Ketika ditemui Malaysiakini selepas prosiding tersebut, Khairul Nizam berkata, tulisan yang dimuatkan di dalam blognya hanyalah novel semata-mata.

"Ia (tulisan saya) hikayat kesultanan Melayu Melaka zaman dahulu," kata anak kelahiran Paroi itu.

Beliau kelihatan tenang sepanjang prosiding tersebut. Isterinya turut hadir di mahkamah tersebut.

Pemuda itu sebelum ini menyerah diri ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu dan direman empat hari yang berakhir hari ini. 

(Sumber: Malaysiakini)

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.