Thursday, January 7, 2010

Aduuh...Sakit..Sakit..Modem Cap Ayam Punya Pasal!




Maafkan saya kerana sudah lebih 2 hari tidak berposting. Kali terakhir saya posting dalam blog ini ialah pagi Selasa lepas. Petang Selasa, tiba-tiba internet di rumah saya gagal berfungsi. Semuanya gara-gara modem yang padam terus.Rosak!!


Aneh, saya baru tukar modem pada hujung Disember lalu, kononnya untuk percepatkan capaiannya. Bayar lebih sikitpun tak apa,  upgrade sikit, janji dapat laju  sikit. Memanglah laju sikit....tapi sikit saja....dan hari Selasa lalu tiba-tiba tak dapat layari internet langsung. Brengsek, tak dapat lagi meneroka berita terpanas dunia!!! Terpaksalah bergantung dengan berita propaganda RTM dan Media Prima. Aduuuh...sakit...sakit...sakit, sakit hati!!


Saya dengan segera menelefon talian TM Net bagi melaporkan kerosakan modem. Petugas di talian meminta saya sebutkan nama jenama modem yang dibekalkan TM kepada saya. Bila saya beritahu nama jenama modem yang rosak itu, petugas itu seperti terpinga dan berkata modem TM di rumah saya seperti bukan modem biasa TM! Habis, kalau  bukan modem biasa, modem luar biasalah atau modem cap ayamlah yang TM bekalkan kepada saya?  

Petugas itu berkata mereka akan menghantar juruteknik TM untuk memeriksa kerosakan yang berlaku dalam tempoh 2 hari bekerja. Biasalah, 2 hari itu mungkin sebahagian dari KPI TM.



Dan tengahari kelmarin dua orang yang saya percaya juruteknik TM datang ke rumah saya. Mereka mengesahkan memang modem streamyx di rumah saya rosak. Mereka menyatakan modem baru akan dibekalkan kepada saya bagi menggantikan modem yang rosak itu secepat mungkin. Yang lucunya ketika membelek-belek modem bewarna gelap yang rosak  itu, seorang dari mereka memberitahu saya, "Modem ni bukan bagus sangat, abang. Saya pun tak pakai modem TM, saya beli modem dari kedai luar. Modem TM memang modem cap ayam. Abang belilah modem dari luar, bukan mahal sangat, tak sampai RM200.00".

Dan petang ini - baru kira-kira satu jam lalu - seorang lagi juruteknik datang ke rumah saya untuk menggantikan modem baru. Malangnya ketika dia datang, saya tiada di rumah. Apa pun, sakit saya...sakit hati saya...telah hilang selepas mendapat modem baru dari TM. Modem baru ini nampak lebih comel dan harap-harap bukan modem cap ayam lagi!!!


~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.