Saturday, January 9, 2010

AJL 24: Dimana Kamu, Wahai Allah?



Dalam dua minggu kebelakangan ini, antara isu yang paling mendapat perhatian ialah isu penggunaan nama Allah oleh penganut Kristian. Dan kemuncaknya kelmarin tiga gereja cuba dimusnahkan dan tiga demonstrasi diadakan di tiga masjid di sekitar Lembah Kelang,

Apabila kita cintakan kalimah Allah, kita juga pasti sangat cintakan hukum Allah. Apabila kita cintakan hukum Allah, kita juga akan mengikut suruhanNya dan  mencegah laranganNya. Contoh yang paling mudah ialah adab berpakaian. Jika kita cintakan Allah, cintakan kalimahNya, pasti kita akan berpakaian penuh santun dan tidak sesekali tergamak mengenakan pakain yang tidak mencerminkan susila seorang Muslim apa lagi mendedahkan aurat.


Dan esok (Ahad), di tengah masyarakat Islam yang hangat membincangkan isu kalimah Allah, Media Perima bakal menganjurkan Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) yang akan bersiaran secara langsung pada jam 9 malam di TV3. Kabarnya, anugerah berprestij yang dijalankan saban tahun itu bakal menyaksikan persaingan sengit 14 lagu terbaik sepanjang tahun 2009.

Lalu  esok, seperti tahun-tahun sebelumnya, berduyun-duyunlah artis dan orang-orang besar yang ada kaitan dengan artis yang ramai antaranya begelar Datuk, Datin, Tan Sri dan Puan Sri melalui karpet merah untuk ke pentas utama AJL.  Maka esok kita dapat lihat di TV3 pelbagai fesyen mendedah sana mendedah sini, koyak di sana koyak di sini, berlurah di sana menggunung di sini, punggung ketat di sana dada kencang di sini berlumba-lumba memperagakan pakain menjolok mata masing-masing. Siapa yang paling menjolok mata antara mereka pasti sangat bangga kerana inilah peluang terbaik menunjukkan segala yang tersembunyi untuk tatapan dan ratahan mata penonton 1Malaysia.Wooow!

Dan esok, di tengah pesta AJl 24 penuh gemilang, di tengah lalakan artis mendendangkan lagu cinta murahan dan putus asa, di tengah tarian panas artis lelaki perempuan bukan muhrim, di tengah penonton yang kebanyakannya artis yang berpakaian tidak menjaga adab, susila dan aurat, kita tertanya-tanya: di mana kalimah Allah di mata artis kita? 


~ pendikar gunung kriang

2 comments:

Penumpang said...

Bab nie memang saya sokong, bila bercerita pasal agama, semuanya macam cuba nak jadi lebih alim dari yang alim...tapi bila hal-hal artis sebegini, hal-hal hiburan yang jelas bertentangan dengan Islam, senyap pulak bapak-bapak ini.
Di TV, tak kira mana-mana channel, hiburan berbentuk rancangan realiti memang banyak..rata-rata orang Melayu Islam ...dengan gadis-gadis atau pasangan Melayu islam yang tergedik-gedik dimulakan dengan memberi salam ler, macam-macam. Kalimah Allah juga di sebut...bila bab serang gereja nie...saya rasa malu dengan orang yang sebenarnya menonjolkan imej Islam yang salah..

pendikar gunung kriang said...

penumpang,

Saya setuju dengan hang. Harap-harap pihak yang serang gereja tak akan menyerang bangunan TV3 pula kerana menganjurkan hiburan yang menghina Allah.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.