Thursday, January 7, 2010

Amacam Minggu Depan, Depan, Depan dan Depan Kita Berdemo Lagi?

Dulu depa kata demonstrasi bukan budaya kita. Sekarang kerajaan yang sama berkata sebaliknya. Pagi tadi ketua kerajaan itu, Najib Tun Razak berkata kerajaan tidak menghalang demonstrasi berkaitan penggunaan kalimah Allah yang bakal diadakan di beberapa lokasi esok. Ertinya kerajaan sudah bagi lampu hijau untuk berdemonstrasi. FRU tidak akan kacau dan  polis tidak akan menangkap sesiapa yang berdemonstrasi esok. Tiba-tiba Malaysia sudah jadi negara demokratik, lawak sungguh!!

Kerajaan membenarkan demonstrasi kerana Umno sayangkan kalimah Allah. Umno sayang Allah, Umno sayang Allah!!


Minggu depan cuba kita adakan demonstrasi untuk mengingat kembali peristiwa serangan polis terhadap penduduk Kampung Mamali yang ketika itu baru selesai menunaikan perintah Allah - bersolat subuh. Lepas itu kita adakan pula demonstrasi meminta lesen judi ditarik balik dan kasino Genting Highland ditutup, kerana ia bertentangan dengan hukum Allah. Kemudian kita adakan demonstrasi menuntut kilang arak menghentikan operasinya, pusat hiburan yang menyajikan arak juga ditarik balik lesennya di negara ini kerana ia juga bertentangan dengan hukum Allah. Lepas itu kita buat pula demonstrasi supaya hudud dilaksanakan di negara ini. Kemudian kita berdemonstrasi meminta isteri Najib dan isteri-isteri menteri berpakaian seperti yang dikehendaki oleh hukum Allah. Lepas itu kita adakan lagi demonstrasi meminta Najib dan isterinya menafikan mereka tidak mengikuti acara keagamaan Hindu seperti yang pernah didedahkan sebelum ini. Lepas itu....lepas itu...lepas itu....kita berdemonstrasi lagi dengan pelbagai isu bagi menegakkan hukum Allah.


Kemudian kita tengok sama ada Najib akan berdiam diri dan berkata kerajaan tidak menghalang sesiapa pun berdemonstrasi. Awak nak berdemonstrasi mengenai Mamali, mengenai judi, mengenai arak atau mengenai bini aku Rosmah atau mengenai Altantuya, engkau punya pasallah, ia tidak kena mengena dengan aku!!. 


Atau Najib akan menghantar FRU, gas pemedih mata, bom asap, air pancutan kimia dan lain-lain kerana demonstrasi tidak dibenarkan di negara ini, kecuali jika ia menguntungkan Umno. Kerana nama Allah adalah hak eksklusif orang Islam, tapi menegakkan perintah Allah bukan hak eksklusif siapa-siapa!!


~ pendikar gunung kriang

1 comment:

Prof. Era Pasca said...

depa kata beruk jalanan.... depa tu kera hutan

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.