Tuesday, January 12, 2010

Anak Saudara Menteri Akui Menjadi Raksaksa!!


JESSICA (tengah) keluar dari van polis untuk menghadiri kes perbicaraannya di sebuah mahkamah di Versailles, Perancis semalam.



VERSAILLES - Jessica Davies iaitu anak saudara seorang menteri muda pertahanan Britain memberitahu polis bahawa dia sekejam 'raksaksa' kerana menikam seorang pemuda Perancis yang baru dikenalinya di sebuah bar, menurut keterangannya yang dibaca di sebuah mahkamah Perancis semalam.

Jessica, 30, iaitu anak saudara menteri muda pertahanan Quentin Davies, kelihatan pucat dan sugul pada hari pertama perbicaraannya berhubung kes pembunuhan pemuda berusia 24 tahun itu pada November 2007.

"Saya cuma mahu melukakannya sedikit tetapi pisau itu terus menusuk ke badan pemuda tersebut," kata Jessica kepada polis yang dibacakan pada hari pertama perbicaraan itu di sini, barat Paris.

(Sumber: AFP) 


PGK: Tidak perlu ke Perancis untuk mencari raksaksa, di Malaysia ini pun orang yang sekejam raksaksa ini bercambah merata-rata tempat. Belek  saja akhbar-akhbar kita, ia penuh dengan berita pembunuhan, rompakan dan jenayah lain setiap hari.


Raksaksa ini bukan saja sanggup menikam orang tidak berdosa seperti Jessica  lakukan, tapi juga sanggup mengebom dengan menggunakan bahan peledak C4 sehingga daging dan tulang mangsanya hancur berkecai  jadi debu!


Itu kes yang berperangai macam raksaksa. Yang badan macam raksaksa di Malaysia ini lagi ramai. Maklumlah Malaysia ni syurga pelbagai makanan. Mereka yang badan macam raksaksa ini bukan sahaja terdiri dari anak saudara menteri, tapi anak menteri dan anak pekerja angkut sampah pun ramai.


Isteri menteri dan timbalan menteri juga ramai yang badan macam raksaksa atau hampir jadi raksaksa. Salah seorang darinya ialah orang ini:



1 comment:

Anonymous said...

heheh...dah x boleh buat apa dah...kalau tauk kat kolam boya kat crocodile farm p.langkawi tu pun belum tentu boya2 tu makan...

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.