Friday, January 15, 2010

Anggun dan Cantiknya Rosmah dan Shahrizat!

Ini bukan sebarang puji tau, bukan puji kerana ada udang sebalik mee ...Ini memang pujian yang datang  from buttom of my heart!

Sapa kata Rosmah tak cantik, sapa kata Shahrizat tak lawa?  Cuba lihat gambar Rosmah dan Shahrizat yang menunaikan ibadat umrah sebentar tadi. Manis sekali bila kedua-duanya bertudung lengkap.



Yang tak cantiknya bila Shahrizat pakai kain tutup kapala macam nenek-nenek zaman dulu, menampakkan rambut merahnya yang tak original itu. Yang tak lawanya bila tengok Rosmah pakai macam ni:


Alangkah cantik dan manisnya jika Rosmah tetap meneruskan gaya berpakaian yang menutup aurat sekembali ke luar negara. Janganlah macam artis yang gila glamour itu yang cuma berpakaian menutup aurat ketika mempromosikan umrah mereka, tapi dedah habis sepulangnya ke tanah air... Jika Raja Permisuri Agong nampak anggun dengan tudung rapi menutup rambutnya mengapa isteri PM tak boleh?


Apapun selamat menunaikan ibadah umrah kepada PM dan anggota ombongannya. Semoga ibadah yang tidak ditaja oleh mana-mana pihak ini diberkati Allah jua hendaknya.


~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.