Tuesday, January 12, 2010

Apa Nie Pak Menteri, Percuma... Tapi Kena Bayar RM50 Sebulan?

Inisiatif kerajaan untuk membolehkan pelajar universiti memiliki netbook sendiri dengan perkhidmatan jalur lebar percuma sememangnya ditunggu-tunggu oleh pelajar dan pensyarah..

Buat permulaan, TM akan menawarkan pakej netbook termasuk perkhidmatan jalur lebar percuma kepada 100,000 pelajar universiti dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun. Pelajar tahun pertama dan daripada keluarga berpendapatan rendah akan diutamakan.

"TM akan membuat pengumuman mengenai penawaran pakej ini bersama butirannya tidak lama lagi," kata Aziz A Hadi, naib presiden produk runcit TM, kepada Bernama.


(Sumber: Bernama)


PGK: Kata perkhidmatan jalur lebar percuma untuk pelajar-pelajar kita. Kalau percuma mengapa kena bayar RM50 sebulan pula? Tak kan sewa modem sampai RM50 sebulan? Ceritalah apa bayaran RM50 sebulan tu, jangan buat silap mata pula. Majoriti pelajar kita bukan anak menteri atau anak Exco, RM50 sebulan bukan murah, tau?



Dulu, bila dengar percuma, saya ingat jalur lebar percuma seperti di beberapa negara yang mempunyai ICT Valley nya sendiri di mana semua mereka yang tinggal di sekitarnya dapat menikmati perkhidmatan internet percuma di kawasan yang diliputinya.

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.