Sunday, January 17, 2010

Apabila Shahidan Buat Laporan Polis

KANGAR, Jan 16 — Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini membuat laporan polis berhubung cadangan sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk menganjurkan wacana bagi mengupas fahaman wahabi.


Beliau membuat laporan itu di Balai Polis Kangar pukul 3.15 petang.


Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (Muafakat) bercadang menganjurkan wacana itu bagi mengupas fahaman wahabi yang dikatakan mempunyai perbezaan ketara dengan fahaman Sunnah Wal Jamaah.


Sebuah akhbar hari ini melaporkan Pengasas Muafakat Ismail Mina Ahmad berkata wacana bertemakan “Gerakan Tajdid dan Pemikiran Najdiyuum” itu akan diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 24 Jan.


Shahidan yang juga Ketua Umno Bahagian Arau ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan itu berkata, wacana seumpama itu tidak perlu diadakan kerana ia dibimbangi akan membawa kepada perpecahan umat Islam.


“Wacana yang boleh membawa perpecahan kepada umat Islam tidak sewajarnya diadakan,” katanya. — Sumber: Bernama

PGK: Shahidan berkata Wacana yang boleh membawa perpecahan kepada umat Islam tidak sewajarnya diadakan.

Semasa Shahidan menjadi Menteri Besar banyak juga wacana yang diadakan di Perlis, kebanyakannya di Dewan  Wawasan, Kangar. Yang tidak seronoknya wacana-wacana yang dirasmikan Shahidan yang kononnya bertujuan untuk mengukuh pepaduan ummah itu diselubungi dengan ucapan bebaur politik yang menghentam parti yang memperjuangkan Islam, tapi dituduhnya tidak Islamik. Mungkin ketika itu Shahidan melihat membedil pihak satu lagi yang memperjuangkan Islam itu dapat mengukuhkan lagi perpaduan umat Islam!

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.