Wednesday, January 13, 2010

Bakar Gereja: Kisah Budak 19 Tahun Yang Bangang

SHAH ALAM, Jan 12 — Kementerian Pengajian Tinggi tidak akan memberi pelindungan atau keistimewaan kepada penuntut institusi pengajian tinggi yang ditahan kerana melanggar undang-undang termasuk mengakui terlibat dalam serangan ke atas gereja yang menjadi isu panas sejak minggu lalu.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penahanan seorang penuntut lelaki berusia 19 tahun di Desa Mentari, bandar Sunway malam tadi kerana menulis dalam facebooknya mengaku terlibat dalam isu cubaan membakar gereja.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar hari ini berkata penuntut yang ditahan pada pukul 7.30 malam itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk diambil keterangan dan dibebaskan tengah malam tadi setelah polis berpuas hati yang dia hanya main-main.

(Sumber: Malaysian Insider)

PGK: Ini contoh pelajar yang tidak terpelajar.  Sengaja cari publisiti murahan untuk popularkan diri sendiri. Akhirnya tak pasal-pasal bermalam di lokap. Atau memang itu yang dia cari kerana hendak dapat pengalaman baru?

Apapun, bangang tetap bangang.

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.