Friday, January 8, 2010

Bakar Gereja: Tahniah Kepada Pejuang Yang Bangang & Terkeliru!!

Hari ini berlaku dua peristiwa yang secara kebetulan membabitkan TIGA lokasi. Pertama demonstrasi penggunaan perkatan Allah di TIGA buah masjid sekitar Lembah Kelang. Dan kedua, pembakaran TIGA buah gereja di sekitar lembah Kelang. 


Mengapa TIGA, bukan satu, bukan empat? Mungkin ia berlaku secara kebetulan!


Tetapi bagi saya satu,dua, tiga atau empat tidak penting. Yang penting betapa gembar gembur dan api yang dinyalakan oleh mereka yang kononnya pejuang Islam pencinta nama Allah itu telah menemui sasarannya hari ini selepas musnahnya tiga gereja tersebut. Kepada pemimpin-pemimpin parti-parti politik tidak kira namanya Umno, Pas atau PKR, kepada pemimpin-pemimpin NGO tidak kira namanya Pekida atau Pukida, Perkasa atau Perkosa, saya ucapkan tahniah kerana kecintaan mereka kepada Allah telah membuahkan hasil lumayan dengan terbakarnya tiga gereja itu! Tahniah, tahniah! Tahniah kerana anda begitu cintakan Allah sehingga inilah hasilnya! Tahniah kerana anda begitu   sayangkan nama Allah tapi sama ada hukum Allah dilaksanakan di negara bertuah ini, anda kurang peduli. Tahniah, tahniah!!


Kepada si-bangang yang membakar tiga gereja itu, saya tidak tahu anda siapa. Apa yang pasti anda adalah kalangan yang sangat bangang. Mungkin anda Melayu, mungkin anda India, mungkin anda Cina, tapi itu tidak penting, yang penting anda bangang kerana telah menghina majoriti penduduk Islam yang bencikan kekerasan. Anda perlu tahu sepanjang hidup Rasulallah, baginda tidak pernah menyakiti orang bukan Islam dan tidak pernah semborono memusnahkan tempat ibadat mereka. Anda perlu mengikuti kisah perjuangan tokoh-tokoh pejuang Islam yang tidak pernah melakukan kebodohan dan kebangangan seperti yang anda lakukan pagi tadi. Mengapa Salehuddin Al-Ayubi penakluk Baitul Maqdis @ Jerusalem itu begitu dikagumi oleh orang Islam dan Kristian? Dia dikagumi kerana dia melindungi orang-orang Kristian yang ditewaskannya sehingga akhirnya hampir semua penduduk kota Baitul Maqdis yang ditaklukinya  menganut Islam. Mereka memang pejuang, tapi mereka bukan pejuang bangang!



Dan anda pembakar gereja pagi tadi, apakah anda ingat anda lebih hebat dari Salehuddin Si-penakluk? Kononnya anda sayangkan Islam, tetapi anda melakukan perbuatan bangang yang menghilangkan rasa hormat penganut agama lain terhadap Islam. Anda mungkin bangga kerana menganggap anda adalah pejuang Islam. Tapi anda sebenarnya tidak lebih dari si-bangang yang terkeliru  dalam perjuangan.


Apapun, sekali lagi tahniah kepada semua pihak yang telah bekerja keras mengapi-apikan isu nama Allah ini. Tahniah kepada beberapa Umno, Pas, PKR, Pukida dan Perkosa  serta lain-lain NGO yang tidak disebutkan namanya. Tahniah kepada pejuang-pejuang yang hanya bejuang untuk mendaulatkan nama Allah, tapi menyepi terhadap pelaksanaan hukum-hukum Allah. Tahniah si-bangang!!!


~ pendikar gunung kriang

1 comment:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.