Thursday, January 14, 2010

Dapat Tangkap Anak Sepupu Rosmah Pun Bertelagah!




Semuanya kerana gara-gara suspek yang ditahan ada pertalian saudara dengan Rosmah Mansor! 


Saya tertarik dengan berita yang disiarkan dalam Kosmo Online hari ini:


'Kami Yang Tangkap Suspek'



PENGUASA Unit Kawalan Kebersihan dan Penjaja DBKL, Mahad Ahmad (kanan) menunjukkan alat semburan lada dan besi baton yang digunakan bagi menangkap suspek pembunuhan di Kuala Lumpur semalam.






KERATAN Kosmo! semalam.





KUALA LUMPUR - Siapa berjasa dan siapa yang dapat nama? Kes penangkapan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan di Gemencheh, Negeri Sembilan pada 5 Januari lalu menimbul rasa kecewa anggota Unit Kawalan Kebersihan dan Penjaja, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam.

Jurucakap unit tersebut, Sarjan Abdul Rashid Zairuki, 52, berkata, lelaki tersebut sebenarnya berjaya ditahan hasil tindakan pantas mereka yang sedang meronda di kawasan Masjid Jamek dengan berpakaian preman.

"Ketika terserempak dengan suspek itu, dia sudahpun menyerang seorang anggota polis bantuan dengan sebilah pisau menyebabkan kami mengejarnya sejauh 200 meter.
"Dia begitu agresif hinggakan memaksa kami menggunakan cecair pemedih mata dan besi baton sebelum berjaya menahannya dan serahkan kepada polis peronda," luahnya kepada Kosmo! di sini semalam.


(Sumber: Kosmo Online)


Mengapa mamat-mamat dari DBKL itu begitu marah  dan kecil hati? Mereka marah dan kecil hati kerana merekalah yang bersusah payah menangkap suspek pembunuhan Sufiah Katas, yang juga adalah ibu saudara Rosmah Mansur, isteri Perdana Menteri. Malangnya akhbar-akhbar melaporkan tangkapan tersebut dilakukan menerusi kecekapan pihak polis yang bijak menghidu tempat persembunyian suspek. Suspek, Rashidi Ismail ialah anak  kepada sepupu Rosmah, Zaharah Atan, 59 tahun. 

Mamat-mamat DBKL ini pasti mahu diingati bahawa merekalah yang berjaya menahan anak kepada sepupu Rosmah. Mereka tentu bangga kerana hasil usaha merekalah anak sepupu kepada isteri Perdana Menteri berjaya ditangkap. Kalau yang berjaya ditangkap cuma penagih dadah dan kutu rayau biasa, nama tidak disebut pun tak apa, tapi ini bukan sebarang orang yang berjaya mereka tangkap - anak sepupu kepada isteri Perdana Menteri!! Jika ada temuduga kenaikan pangkat insiden ini boleh diceritakan bagi mencerahkan peluang mendapat jawatan yang lebih tinggi....



 
Suspek pembunuhan bersiri Gemencheh, Rashidi Ismail yang juga anak kepada sepupu Rosmah berjaya ditahan polis hasil bantuan petugas DBKL.





~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.