Saturday, January 23, 2010

Bila Media Prima Hina Al-Marhum Sultan...





Hari ini hampir semua TV kita - RTM1, TV3 dan  TV9 menyiarkan secara langsung upacara pengkebumian Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar yang mangkat malam tadi. Hari ini saya tiada ke mana-mana. Selain dari menghadiri kenduri arwah di rumah jiran, kebanyakan masa saya di rumah membuat kerja-kerja rumah yang terbengkalai, sambil sekali sekala mata dan telinga memberi tumpuan kepada siaran langsung TV. 

Dalam keghairahan memberi ulasan itu, rupanya ada pengacara kita yang kurang buat kerja rumah. Ini saya sedari kerana ada fakta mengenai al-marhum dan penggantinya yang  tidak tepat. 
Satu saluran TV pula merujuk al-marhum Sultan Iskandar sebagai Sultan 'Mesra Alam'! Setahu saya 'mesra alam' hanya dirujuk untuk objek dan bukannya manusia.

Saya tahu pengacara muda wanita itu tersasul kerana maksud sebenarnya ialah 'mesra rakyat'. Malangnya tiada sesiapa di stesen milik Media Prima itu cuba membetulkan kesilapannya dan memohon maaf. 

Bagi mereka yang sensatif mungkin ingat pengacara itu telah menghina al-marhum Sultan.


~ pendikar gunung kriang

1 comment:

MC_Shaharul said...

org dah meninggal pn ramai lg kaki mengampu yer...

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.