Monday, January 4, 2010

Waduuh...Harga Gula Naik 5 Sen Lagi!!



Bila terkena batang hidung sendiri baru tahu ia bukan isu kecil!!


Beberapa hari lepas, kerajaan mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen - dari RM1.45 menjadi RM1.65 sekilogram. Kelamarin saya ada terdengar perbualan ada peniaga yang menaikkan harga RM1.65 menjadi RM1.70. Saya ingat ia cuma kes terpencil. Tapi apabila mamak kedai runcit dekat rumah saya menggunakan paras harga yang sama (RM1.70), baru saya tahu ia bukan kes terpencil lagi, mungkin di tempat lain pun berlaku juga Alasan peniaga itu susah dapat tukaran wang kecil 5 sen dan sukar dapat stok. Bangsat punya kapitalis, masa harga RM1.45 bertahun-tahun itu tidak pula ada masalah pertukaran wang 5 sen, ini sudah kerajaan naikkan harga, masih tidak cukup untung lagi!!



Rupanya harga gula bukan lagi naik 20 sen, tapi 25 sen! Baru saja kerajaan naikkan 20 sen, mereka pandai-pandai naikkan tambahan 5 sen lagi. Nampaknya kapitalis ini tetap kapitalis, walau di mana berada. Sama ada kapitalis besar atau kapitalis kecil mereka ada cara untuk menghisap darah pengguna. Sama ada mereka kapitalis Cina, kapitalis Melayu atau kapitalis Mamak, memang otaknya sudah didik untuk menjadi penipu!


~ pendikar gunung kriang

1 comment:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.