Sunday, January 24, 2010

Dr Mahathir Mengaku Hendak Jadi PM Semula?




Dalam kenyataannya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan makan malam anjuran Persatuan Pengamal Perubatan Pulau Pinang di sini semalam, Dr Mahathir sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak yakin serangan ke atas WTC di New York pada 11 September 2001 dilakukan oleh pengganas Islam seperti yang didakwa, sebaliknya terdapat bukti serangan itu sudah dirancang sebegitu rupa oleh pihak Amerika dan sekutunya Israel sendiri.

"Apa yang saya dapat dengan membuat publisiti begitu. Saya bukannya mahu menjadi Perdana menteri semula," tegas beliau kepada pemberita.

Saya tidak tertarik dengan komen Dr Mahathir mengenai  konspirasi Yahudi dan Amerika dalam peristiwa 11 Setember itu, kerana ramai yang telah memperkatakannya. Malah jika tidak silap yang mula memperkatakannya dengan bukti-bukti yang sangat meyakinkan bahawa peristiwa  11 September adalah angkara zionis dan pemerintah Amerika ialah tokoh-tokoh akademik Amerika  sendiri. Dr Mahathir cuma mengulangi apa yang ramai orang - termasuk saya - percaya: itu semua konspirasi zionis Israel dan imperialis Amerika. Ia sama juga dengan rentetan kisah pemecatan Anwar Ibrahim yang ramai orang percaya adalah satu konspirasi licik yang diilhamkan oleh Dr Mahathir sendiri.



Saya dalam hal ini lebih tertarik kepada kenyataan Dr Mahathir: "Apa yang saya dapat dengan membuat publisiti begitu. Saya bukannya mahu menjadi Perdana Menteri semula."


Saya lebih tertarik kepada kenyataan di atas kerana semasa Dr Mahathir memerintah dahulu dia banyak mengeluarkan kenyataan yang tidak selari dengan tindakannya. Misalnya jika dia kata hendak buat perkara A, maka akhirnya yang dilakukannya ialah perkara B, jika dia kata hendak buat perkara X, akhirnya yang dilakukannya ialah perkara Z. Dr Mahathir memang gemar membuat kejutan sehingga ramai yang berkata dia seorang tokoh yang sangat sukar diramalkan kerana lazimnya apa yang terdetik di hatinya tidak sama dengan apa yang disebut oleh bibirnya.


Kerana itu apabila Dr Mahathir berkata: "Saya bukannya mahu menjadi Perdana Menteri semula", saya lebih percaya memang di dalam hatinya pernah  terdetik untuk menjawat semula jawatan itu. Malah banyak tindak tanduknya sepanjang pemerintahan Pak Lah hingga era Najib kini lebih meyakinkan kita bahawa apa yang dikatakan bahawa Dr Mahathir berniat untuk kembali menjadi PM adalah benar.


Jadi apabila Dr Mahathir berkata dia tidak mahu menjadi PM semula, maka maksudnya ialah dia memang sangat kepingin untuk menjawat semula jawatan itu.




~ pendikar gunung kriang

3 comments:

Unknown said...

Kalau bab nak buat tuduhan bagi kat hangpa..

armouris said...

Rahsia awet muda Tun Dr. Mahathir? - Rahsia Muda Dr. Mahathir

Anonymous said...

jika Dr m mahu jadi PM semula lebih baik dari Najib sekarang. leni dah banyak yang tak betul. cacarmebau jadinya Msia lani. Pm yang terbaik dari kesemua Pm UMno.

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.