Thursday, January 28, 2010

Eh, Apa Dah Jadi Nie Khalid?

NONE












Khabar angin kononnya populariti Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mula terhakis selepas berkuasa dua tahun ternyata bukan cakap-cakap kosong.

Menurut bancian Merdeka Centre, mereka yang berpuas hati dengan pentadbiran Menteri Besar itu telah jatuh lapan mata sejak beberapa bulan lalu - ia mencatatkan 62 peratus pada Jun 2009 tetapi menjunam kepada 54 peratus pada Januari tahun ini. Bancian dijalankan ketika rasa tidak puas hati dengan pentadbiran Khalid berhubung beberapa isu yang dikendalikannya.

Bagaimanapun, tahap mereka yang berpuas hati dengan kerajaan negeri pimpinannya tidak banyak berubah - 60 peratus masih menyokong kerajaan negeri yang diterajui PKR itu berbanding 64 peratus pada Jun 2009.

(Sumber: Malaysiakini)

PGK: Kajian Merdeka Centre itu tidak boleh dipandang ringan oleh pentadbiran negeri Selangor yang diterajui oleh PKR. Kajian itu sekurang-kurangnya menunjukkan dua perkara. Pertama, dalam tempoh 6 bulan lepas, keyakinan rakyat terhadap Khalid selaku Menteri Besar semakin merosot. Kedua, keyakinan rakyat terhadap pemerintahan PR di Selangor tidak banyak terjejas, walaupun ada sedikit penurunan.


Harap Merdeka Centre juga membuat kajian tahap keyakinan rakyat terhadap beberapa negeri yang diperintah oleh PR. Kajian itu boleh dijadikan panduan bagi memperbaiki kelemahan pentadbiran negeri-negeri berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.