Wednesday, January 20, 2010

Gempar - Pakar Sahkan Ada Yu Harimau Di Port Dickson!



YU Harimau.



Walaupun Menteri Besar Negeri Sembilan, Perhilitan dan Jabatan Perikanan menafikan ada hidupan laut ganas di Port Dickson (PD), namun pendedahan seorang pakar merin yang menyatakan sebaliknya, agak mengejutkan.

Seorang pakar marin dari Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Zulfigar Yassin yang tertarik dengan isu itu menyatakan dalam kosmo hari ini   bahawa mungkin posmen, Mohamad Helme Leman, 25, sebenarnya digigit oleh spesies ikan yu harimau semasa bermandi-manda di pantai peranginan PD  pada 2 Januari lalu. Ia sekali gus mencabar kesimpulan Menteri Besar, Mohamad Hasan bahawa tiada haiwan ganas di perairan PD. Begitu juga dengan kesimpulan Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan, Wan Muhammad Aznan Abdullah kelmarin bahawa Mohamad Helme bukan mangsa ikan yu tetapi haiwan lain yang belum diketahui.

Menurut Zulfigar, yu harimau bersifat ganas terhadap manusia ketika menyerang.  "Kemungkinan ikan itu menyerang mangsa adalah berasas. Berdasarkan kajian, spesis itu sering menjadi kawasan pesisiran pantai yang cetek, pelabuhan dan terusan sebagai tempat untuk mencari makanan. Kewujudannya memang berselerak di perairan negara ini termasuk di kawasan cetek apatah lagi di hari kejadian, mangsa berenang kira-kira 20 meter dari pantai," katanya.


Alamak, perairan cetek di negara ini penuh dengan yu harimau!  Menakutkan, kerana ia  bukan yu sebarang yu, tapi yu harimau, spesis jerung yang mendapat gelaran "harimau" di hujung namanya kerana sifat ganas dan kepakarannya memburu di dalam air! 

Tentu kehadiran yu harimau di PD itu menjadi  berita seram untuk penggemar yang suka bermandian di pantai-pantai negara ini!!

http://pendikargunung.blogspot.com/

~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.