Thursday, January 21, 2010

Ha..Ha..Noh Omar Pungut Wanita Indonesia Nak Buat Bahan Pameran!!

l


GORONTALO (Sulawesi): Warung Pisgor (pisang goreng) Ta Nou di Jalan Raja Eyato di sini sentiasa menjadi tumpuan orang ramai kerana kebolehan penjualnya memasukkan, mengalih dan mengangkat pisang goreng daripada dalam minyak yang panas menggelegak hanya dengan tangan tanpa ada kesan melecur.


Keistimewaan yang dimiliki oleh Ta Nou, yang bererti wanita kesayangan dalam bahasa Gorontalo ini, menyebabkan jualan pisang gorengnya semakin laris dan menambahkan rezeki bagi keluarganya. Beliau juga boleh meletakkan tangan ke api tanpa meninggalkan kesan terbakar atau melecur.


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar yang dibawa Gabenor Gorontalo Ir Gusnar Ismail ke warung itu malam tadi, kagum dengan kebolehan Ta Nou dan mengundang beliau untuk menunjukkan keistimewaan itu di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro-pelancongan Malaysia (Maha) November ini.  Berusia 52 tahun, Ta Nou, yang nama sebenarnya Hartin, berkata kebolehan itu diperoleh pada satu malam 10 tahun lepas setelah beliau mendengar bisikan suara wanita di kedua-dua belah telinganya, ketika sedang menggoreng pisang di warungnya itu.


"Bisikan suara itu berkata 'ayo balikkan dengan tangan pisang goreng', lalu saya dengan yakin membaca Bismillah dan membalikkan pisang goreng itu dengan tangan dan ternyata saya boleh berbuat demikian tanpa rasa sakit atau sebarang kesan pada kulit. Saya terus mengucapkan Alhamdulillah dan sejak itu selama 10 tahun ini saya boleh berbuat demikian tanpa sebarang masalah," katanya kepada Bernama.



Ta Nou, ialah kata singkatan kepada tante yang bererti puan dan nou kesayangan. Beliau akan menjual goreng pisang di warung itu setiap malam selepas solat Maghrib. Ibu kepada tiga anak ini bersyukur kerana kelebihannya itu dapat menambah rezekinya hampir sekali ganda dan membantu suami membesarkan anak-anak.


Bekas gabenur Gorontalo Ir Fadel Muhammad telah juga membawa beliau ke Jakarta, Yogyakarta, Ambon dan Perancis bagi menunjukkan keistimewaan Ta Nou kepada masyarakat di luar Gorontalo. Fadel kini menyandang jawatan Menteri Kelautan dan Perikanan Indonesia.
"Saya juga dipelawa untuk mengikuti beliau ke Australia tapi tak boleh berbuat demikian kerana ketika itu cucu saya sedang sakit," katanya.


Ta Nou berkata sepanjang 10 tahun beliau menggoreng pisang dengan tangannya itu, beliau dapat merasai ada beberapa cubaan ilmu sihir untuk menggagalkan kebolehannya tetapi semua cubaan itu gagal.


Ta Nou gembira mendapat pelawaan Noh untuk ke Malaysia dan berharap dapat menunaikan undangan itu apabila tiba masanya nanti.


Bagi pengunjung Maha, peluang menyaksikan penampilan Ta Nou, wanita kesayangan Gorontalo pada November ini, adalah sesuatu yang tidak harus dilepaskan.  

(Sumber:BERNAMA)

PGK: Baiknya Noh Omar, hendak bawa penjual goreng pisang mistik dari Indonesia ke Malaysia pula!

Jika Ta Nou di bawa datang ke pameran MAHA, apa sumbangannya bagi meningkatkan pembangunan pertanian di negeri ini? Jika wanita Indonesia itu dapat  menggunakan tangan ajaibnya itu untuk meningkatkan hasil pertanian di negara ini saya setuju benar dia dibawa ke sini. Tapi jika setakat untuk mempamerkan ilmu mistik yang ada di tangannya untuk tontonan umum, rasanya tidak perlulah kerajaan bersusah payah membuang masa Ta Nou. 


Cukuplah dengan filem dan siaran dalam TV kita hari ini yang penuh dengan cerita seram, hantu, tahyul dan misteri yang kadang-kadang kelihatan boleh menyebabkan akidah penonton, terutamanya anak-anak tergelincir.  Tidak perlulah dibawa benda-benda misteri ke dalam pameran MAHA yang pernah dikatakan bertaraf dunia itu!

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.