Wednesday, January 27, 2010

Kementerian Hishamudin Yang Heran Bin Ajaib



Lima puluh orang, termasuk rakyat asing dan pelajar universiti tempatan, ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Khamis lalu, kerana disyaki terbabit dalam keganasan, demikian menurut peguam Edmund Bon. Menurut Edmund yang juga adalah peguam Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), mereka yang ditahan dibawa ke ibu pejabat polis Bukit Aman. Menurutnya, 38 orang daripada mereka dibebaskan sehari selepas itu, manakala 12 lagi masih ditahan.

Edmund juga berkata, beliau telah bercakap dengan beberapa mereka yang telah dibebaskan dan sedang berusaha menemui mereka yang masih ditahan.


Bagaimanapun menurut Kementerian Dalam Negeri  (KDN), pihaknya belum dimaklumkan mengenai penangkapan itu.

(Sumber: Malaysiakini)


PGK: KDN tidak tahu penangkapan di bawah ISA? Kalau yang tidak tahu mengenai penangkapan di bawah ISA itu ialah Kementerian Pertanian, Kementerian Kerjaraya atau Kementerian Perumahan, masuk akal juga. Tapi bila KDN yang bertanggung jawab terhadap ISA pun tidak tahu hal ini, ia seperti something wrong somewhere!


Bukankah waran penangkapan di bawah ISA perlu ditanda tangani oleh Menteri Dalam Negeri dan perlu juga diambil maklum oleh Ketua Setiausaha KDN?


Jika dua individu paling berkuasa di KDN ini tidak tahu, siapa yang mengarahkan penangkapan 50 pelajar itu. Tak kan dalam KDN pun ada hantu raya atau pelesit yang boleh membuat tangkapan secara ghaib?


Heran bin ajaib!!


~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.