Thursday, January 14, 2010

Jaga-Jaga...Polis Kata Penulis Blog Sedang Diperhati!

Polis memantau laman-laman blog dan rangkaian sosial bagi mendapatkan maklumat yang boleh dipercayai berhubung insiden serangan dan cubaan membakar gereja baru-baru ini dan siasatan mengenai kejadian itu masih giat dilakukan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, pasukan khas yang ditubuhkan khusus bagi menyiasat insiden berkenaan sedang bertungkus lumus mengenal pasti dalang kejadian itu.
"Semua petunjuk diteliti meskipun ia mungkin tidak penting," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Mohd Bakri mengulas satu laporan yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang memberi gambaran seolah-olah polis tidak efektif untuk menjejaki individu dan penjenayah, terutamanya membabitkan jenayah yang mencetuskan minat orang ramai.

(Sumber starOnline)




PGK: Jaga-jaga wahai penulis blog, polis dah pun kata anda sedang diperhati! Petunjuk yang tidak penting pun mereka akan siasat, apa lagi petunjuk-petunjuk penting yang anda fikir ianya benar, lagilah polis perhati. 

1 comment:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.