Monday, January 4, 2010

Jagoh Ketuanan Melayu, Kini Tak Malu Merayu Minta Kerja!!


"Akulah jaguh ketuanan Melayu!"


Tokoh akademik ini semasa bertugas dengan salah satu IPTA tanah air dulu memang boleh tahan popularnya. Dia popular bukan kerana dasar pengurusannya yang banyak membantu meningkatkan tahap kualiti penuntut dan IPTA yang dipimpinnya, tetapi dia popular kerana kerap keluar mukanya dalam TV. Jika membincangkan isu survival Melayu, dialah juaranya yang kadang-kadang bercakap mengalahkan Menteri. Ketika isu 'ketuanan Melayu' disemarakkan oleh tokoh-tokjoh perkauman Melayu dalam Umno dan NGO-NGO yang sewaktu dengannya, dia sekali lagi ke depan ingin menjadi juara. Kemuncaknya dia mengheret budak-budak UiTM ke jalanraya mengadakan demonstrasi yang bertentangan dengan roh Akta Universiti. Tapi dia tidak ditahan polis, malah polis sendiri membantu menjayakan langkah-langkah kaki anak-anak muda yang berdemonstasi sambil menjerit 'hidup Melayu' itu.


Dan mantan Naib Canselor UiTM, Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah telah menamatkan perkhidmatannya dengan UiTM pada Khamis lepas. Kini suara lantang penuh keegoannya itu mungkin tidak akan kelihatan lagi di TV, dan itu pasti merisaukan sosok bertubuh besar dan agak gelap itu. 


Justru tidak hairan apabila baru empat hari tidak lagi berkuasa di UiTM, jaguh ketuanan Melayu ini  sudah kelihatan agak resah. Lalu tanpa malu-malu dia menyatakan dalam akhbar hari ini bahawa dia bersedia untuk menceburi arena politik "jika diberi kepercayaan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak".


"Minat bukan persoalan tetapi kalau diberi kepercayaan, saya bersedia pada bila-bila masa saja", katanya.


Tu dia....jaguh ketuanan Melayu, baru empat hari tiada kuasa sudah meronta-ronta minta diberi kuasa. Apa jawatan politik yang sesuai Najib berikan kepada Pak Brahim kita ni? Rasanya semua jawatan Menteri dan Timbalan Menteri sudah penuh. Memang ada yang belum diisi, tapi ia khas untuk orang Sarawak saja. Tapi jika Najib mengambil keputusan untuk menggantikan Senator Datuk T. Marugiah yang kini merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri tapi telah dipecat oleh PPP, mungkin Ibrahim boleh menjadi salah seorang calon yang sesuai. Walaupun Marugiah kelihatan lebih cerah daripada Ibrahim yang nenek moyang mereka berasal dari satu benua yang sama, tapi itu bukanlah syarat untuk menjadi menteri.


Tapi untuk menggantikan Marugiah, Ibrahim terlebih dahulu perlu menjadi ahli PPP. Ia mungkin bukan masalah besar untuk Ibrahim kerana seperti katanya dia bersedia bila-bila masa saja menceburi bidang politik di bawah kepimpinan Najib. Parti komponen mana dalam BN tentu tidak penting, yang penting menjadi orang penting dalam BN, sepertimana dia kelihatan penting semasa menjadi Naib Canselor UiTM dulu.



Semoga Najib mendengar suara rayuan Ibrahim yang ingin sangat berkhidmat dengannya itu. Kesian Ibrahim, baru empat hari tiada kerja, sudah tidak malu-malu merayu minta kerja!

http://pendikargunung.blogspot.com/

~ pendikar gunung kriang

2 comments:

perakkome said...

benor tu yop

PM said...

Tolong pesan pada Tan Sri ni, mintalah pada Tuhan(Allah). Kerajaan tu bukan Tuhan

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.