Monday, January 4, 2010

Jom Bersiaran Di Blog Menteri Besar Kedah

Saya harap blog Menteri Besar Kedah yang baru dilancarkn itu akan benar-benar berfungsi. Ia tidak dapat dinafikan akan merapatkan lagi hubungan beliau dengan rakyat jelata yang semakin ramai menguasai ilmu IT. Menerusi blog tersebut rakyat dapat mengetahui pandangan peribadi Menteri Besar terhadap seuatu isu dan beliau sendiri dapat mendengar komen rakyat mengenainya. 

Sejak dahulu Ustaz Azizan memang dikenali sebagai seorang penulis yang banyak menyumbang dalam bentuk pengeluaran bahan ilmiah serta juga artikel pendek. Sebagai penulis yang tajam penanya, saya berharap Ustaz akan menulis sendiri dan bukan menggunakan khidmat Setiausaha Sulit, Setiausaha Politik atau Setiausaha Akhbar untuk membantu menyalurkan ideanya.


Dan saya juga berharap blog tersebut sentiasa dikemaskini, tidak seperti sebahagian menteri, exco dan wakil rakyat yang mempunyai blog tapi blog macam ayam mandul yang jarang-jarang bertelog!


Jom bersiaran di blog tersebut.

~ pendikar gunung kriang

2 comments:

Muhammad said...

Assalamu alaman Ittaba' al-huda

Kadang-kadang kita berpahala kalau kita katakan suatu yang baik. Namun kita tidak tahu samada kata-kata kita itu betul atau tidak, shingga ia menjadi fitnah pula pada orang lain.

apa-apapun silalah layari:

http://rahsia-rahsiabesardalamal-quran.blogspot.com/

dan

http://surah-al-kahfi.blogspot.com/

pendikar gunung kriang said...

muhammad,

Terima kasih atas nasihat anda

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.