Saturday, January 16, 2010

Kalau Berani, Buatlah Macam Nie!!

Orang Malaysia memang tekenal suka buat rekod. Selain dari rekod membina bangunan tinggi seperti Menara KL dan Menara Berkembar KL, kita juga pernah berbangga dengan diri sendiri kerana mencipta bendera besar (zaman Tok Mat) dan entah apa-apa lagi yang besar-besar dan panjang-panjang. Tapi benda besar-besar dan panjang-panjang itu tidak membantu memperkenalkan Malaysia kepada dunia, bantu buat orang gelak ada lah. Yang terbaru ialah buat kek besar 1Malaysia dan bubur asyura raksaksa.


Ada orang Malaysia yang cuba membuat benda-benda yang orang lain puluhan tahun dahulu telah melakukannya seperti memanjat Everest, menakluki Kutub Utara dan Kutub Selatan, merentas Selat Inggeris dan lain-lain. Tapi apa yang mereka buat ini juga tidak membantu memperkenalkan nama Malaysia, kerana orang lain pernah melakukannya puluhan tahun dulu.


Jika hendak perkenalkan Malaysia, buatlah benda-benda yang tidak menimbulkan gelak orang ramai.Contohnya seperti yang lelaki ini buat di Liberty Square, Taipeh:

 /l
Kalau hendak buat lompatan akrobatik seperti di Taipeh itu boleh minta bantuan ma-mat rempit yang ramai bermaharajalela di jalanraya Malaysia. Kalau perlu minta bantuan Putera Umno, mereka ada pengalaman hebat mengumpulkan mat-mat rempit untuk buat kerja yang mengharumkan negara.

Tapi kalau yang macam di Taipeh ini tak mampu buat untuk memperkenalkan Malaysia, buatlah benda-benda hebat lain yang orang lain belum pernah buat. Misalnya berenang menyeberangi lautan Pasifik atau Atlantik atau setidak-tidaknya berenang mengelilingi Malaysia.


Sekali lagi tak payahlah buat rekod yang buat orang ketawa atau rekod yang orang lain pernah buat.


Catatan: Membunuh manusia dengan bom kuasa tinggi C4 juga adalah rekod dunia yang tercipta di Malaysia. Cuma saya tidak tahu sama ada ianya telah dicatatkan dalam buku  rekod Guiness. Jika beluum masuk, pejabat Perdana Menteri perlu melakukan sesuatu supaya ia direkodkan.

http://pendikargunung.blogspot.com/

~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.