Thursday, January 14, 2010

Keadaan Terkawal, Tapi Dua Premis Kristian Lagi Diceroboh


Baru dua hari lepas Menteri Dalam Negeri berkata keadaan keselamatan negara terkawal, berikutan insiden beberapa gereja diceroboh di beberapa buah negeri. sejak hampir seminggu yang lalu Kebetulan pada hari kenyataan dibuat Hishamuddin, tiada kes pencerobohan baru terhadap gereja di negara ini..

Tapi dalam tempoh 24 jam ini, dua lagi insiden berlaku:

- Sebuah gereja di Kota Tinggi, Johor menjadi sasaran khianat pihak tidak bertanggungjawab yang menyimbah cat merah awal pagi tadi. Kejadian tersebut berlaku antara pukul 3 hingga 6 pagi.

-Di Petaling Jaya pula, pejabat seorang peguam mingguan Katholik, Herald, di Jalan Yong Shook Lin, dipecah masuk malam tadi. Pencerobohan itu dilakukan secara "profesional" apabila kamera CCTV disembur cat hitam, sementara jeriji besi dipecah menggunakan peralatan kerja berat.



Dan Hishamudin berkata keadaan masih terkawal?

~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.