Wednesday, January 20, 2010

Kesian...Mohamad Hasan Dah Kena Jual!



Itulah jadinya, jika Menteri Besar yang mulut saja besar tapi hati kecil dan otak disorok celah lutut. Jika Menteri Besar dan hatinya pun besar dia akan dapatkan nasihat pakar dulu sebelum bercakap. Tapi bagi MB Negeri Sembilan, orang cakap dia tak percaya, tapi satu jabatan kerajaan kelentong, dia terus percaya. Yang jabatan kerajaan ni pula bukan semuanya telus, ada yang mengeluarkan kenyataan sekadar untuk menyelamatkan tengkok dari kena pulas saja.


Begitulah yang terjadi dalam kes posmen bernama Mohamad Helme Leman, 25 tahun yang mengadu kakinya digigit buaya semasa mandi di pantai Port Dickson (PD) baru-baru ini. Dua hari lepas, MB Negeri Sembilan, Mohamad Hasan bermati-matian menafikan ada buaya di PD. Beliau mengeluarkan kenyataan itu berdasarkan laporan yang diterimanya dari Perhilitan yang menafikan ada buaya atau haiwan ganas di perairan PD. Beliau menuduh mereka yang membuat kenyataan itu dipengaruhi oleh pihak yang mempunyai agenda "untuk kepentingan golongan tertentu". 


Tapi dalam Kosmo hari ini, Mohamad Helme memberitahu bahawa, "Saya YAKIN bahawa haiwan yang menyerang saya adalah BUAYA, walaupun pelbagai pihak menafikannya".

Mohamad Helme juga menyatakan dia berasa  pelik bagaimana Perhilitan mendakwa haiwan itu bukan buaya TANPA MELIHAT SENDIRI KECEDERAAN YANG DIALAMINYA TERLEBIH DAHULU.


"Pihak Perhilitan baru (kelmarin) berjumpa saya sedangkan kenyataan telah dikeluarkan (mereka) sebelum ini. Itupun ketika datang, pegawai Perhilitan sekadar bertanya apa yang berlaku tanpa melihat dengan teliti kecederaan di kaki kanan saya," kata Mohamad Helme. Seterusnya beliau berkata jika Perhilitan yakin haiwan yang menyerangnya bukan buaya, dia mengalu-alukan Perhilitan menjalankan ujian pemadanan gigitan terhadap kakinya.


Menarik juga cerita ini. Mula-mula posmen digigit haiwan yang didakwanya buaya di pantai PD. MB yang panik takut sektor pelancongan Negeri Sembilan yang berpusat di PD terjejas dan hilang tarikannya meminta Perhilitan siasat. Perhilitan pula sekadar buat siasatan dari atas meja pejabat tanpa turun sendiri menemui mangsa yang digigit, terus buat kesimpulan mudah bahawa tiada buaya atau haiwan ganas di perairan  PD. Perhilitan juga  ketika buat kenyataan tidak merujuknya terlebih dahulu dengan jabatan lain seperti Perikanan dan Marin yang lebih mahir mengenai spesis hidupan dalam laut. MB yang rasa lega dengan siasatan yang dibuat dari atas meja Perhilitan terus mengkritik mereka yang percaya ada buaya di PD  mempunyai agenda "untuk kepentingan golongan tertentu".


Kalau beginilah caranya seorang MB mentadbir negeri dengan percaya bulat-bulat kepada laporan satu jabatan saja tanpa mempertimbangkan pandangan  pihak-pihak lain, maka tidak tahulah apa hendak jadi dengan negeri itu. Jka begitu sikap seorang MB yang mudah kena jual, silap-silap haribulan, negeri pun boleh kena jual!




~ pendikar gunung kriang

1 comment:

Pak Oncu said...

yg pogawai PERHILITAN tu pun sama macam HAIWAN porangai nya,,,, dah bokojo dgn HAIWAN maka sikit sikit tinkahlaku pun macam haiwan,,,,,,,,,,, padan lah muko muko ekau org kono tipu ,,,,,,,

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.