Wednesday, January 13, 2010

Kitab Suci Sikh Juga Memanggil Tuhan Mereka Allah?


ਗੁਰੂ ਨਾਨਕ ਦੇਵ Gurū Nānak 


Sewaktu prosiding kes Herald, Presiden Majlis Gurdwara Malaysia, Jagir Singh telah memfailkan permohonan untuk mencelah. Dalam permohonannya itu, beliau berkata perkataan Allah juga terkandung dalam  kitab suci Sikh - Sri Guru Granth Sahib Ji. Jagir berkata,  tiada sebarang perkataan di dalam Sri Guru Granth Sahib Ji yang boleh ditukar, dipinda atau diganti kerana ia adalah kitab suci yang diperturunkan Tuhan. Oleh itu beliau meminta agar nama Allah dalam kitab suci mereka tidak ditukar kepada nama Tuhan lain.


Saya tidak tahu sejauh mana dakwaan Jagir bahawa kitab mereka juga menggunakan perkataan Allah itu benar, kerana saya sendiri tidak pernah melihat, apa lagi membaca kitab suci mereka. Tapi ketika mahasiswa dulu, saya pernah pergi dan bermalam di rumah seorang kawan di Rawang yang rumahnya bersebelahan dengan sebuah kuil Sikh. Suatu pagi, selepas solat Subuh saya yang sedikit terganggu dengan suara seperti mengaji menjengukkan muka ke arah kuil Sikh itu. Rupanya penganut Sikh sedang bersembahyang. Yang menarik perhatian saya ialah cara mereka bersembahyang mirip seperti orang Islam - ada roku' dan sujud, cuma ia dilakukan dengan gerakan yang agak pantas. Kemudian baru saya sedar manusia yang memperkenalkan agama Sikh itu ialah Guru Nanak yang walaupun ibu bapanya beragama Hindu, tetapi beliau sendiri tidak mengamalkan agama tersebut, sebaliknya dia dikatakan lebih mirip kepada Islam, malah beliau pernah melawat Mekah dan Baghdad untuk mempelajari agama.  Jadi patutlah cara mereka bersembahyang mirip orang Islam!


Oleh itu  jika memang  benar kitab suci Sikh yang berusia lebih 500 tahun itu juga mengiktiraf Allah sebagai tuhan orang Sikh, bermakna jika Allah itu cuma hak eksklusif orang Islam, orang Sikh di negara ini terpaksalah  meminda kitab suci mereka yang sejak dulu memanggil Tuhan mereka sebagai Allah. Dan seperti kata Jagir mereka tidak mahu kitab suci mereka dipinda, seperti juga orang Islam yang pasti marah jika kandungan al-Quran dipinda.


Bayangkan jika kita tinggal di negeri Punjab, India yang penduduk majoritinya ialah orang Sikh. Jika kerajaan negeri Punjab yang dikuasai Sikh itu mengistiharkan hanya orang Sikh saja yang dibenarkan menggunakan nama Allah, apa perasaan orang Islam? 

Pening!! Pening!! 




~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.