Saturday, January 16, 2010

Biar Nyawa Putus Asal Kurus!












Penjual barangan kraf tangan, Faridah Sahari bertekad mahu memberi kejutan kepada suaminya dengan niat menguruskan badan. Dia bimbang kerana selepas berkahwin tiga tahun lalu, berat badannya naik 10 kilogram kepada 64 kilogram.

Tanpa pengetahuan suaminya yang juga seorang juruterbang, Samaon Ishak, 54, Faridah meninggalkan rumah mereka di Paka, Terengganu untuk sesi rawatan sedut lemak di sebuah klinik di Taman Desa, di sini pada 17 Disember lalu.

Namun hanya 20 minit selepas dia menerima suntikan bius untuk pembedahan itu, Faridah dikatakan menggelupur sebelum meninggal dunia.

Kejadian pada pukul 3.30 petang itu menyebabkan beberapa orang kakitangan klinik cemas dan berlari keluar dari dewan bedah.

(Sumber: Kosmo Online)

Takziah kepada keluarga Allayarham  Faridah.  Semoga Allah meletakkan roh Allayarham di kalangan mereka yang beriman.


Tragedi kematian akibat sedut lemah dan pengambilan pil kurus bukan perkara baru di negara ini. Sudah ramai angka korban, tapi manusia tidak pernah serik-serik mencari jalan pintas untuk nampak cantik. Mungkin manusia sekarang banyak wang dan mereka berfikir mereka boleh melakukan segalanya dengan wang. Pusat kecantikan pula mengambil kesempatan dari sikap ini untuk menyedut wang pengguna sebanyak mungkin.


Manusia kadang-kadang terlupa mereka boleh memiliki badan yang langsing tanpa mengeluarkan modal sesen pun. Saya mengambil contoh diri saya sendiri yang pernah memiliki berat badan 80 kilo hingga sering rasa kelemasan terutama ketika setiap hari perlu memanjat tangga pejabat setinggi empat tingkat. Tapi berkat melakukan joging kira-kira 5 kilometer sehari selama 6 hari seminggu, berat badan dapat diturunkan menjadi 65 kilo dalam tempoh tiga bulan saja.


Sampai sekarang saya masih mengamalkan joging tanpa perlu bergantung kepada apa-apa ubat atau berpantang makan. Berat badan hingga kini masih mentain antara 65-67 kilo. Cuma kadang-kadang saya terpaksa kurangkan joging apabila berat badan jatuh hingga 62 kilo dan ada sahabat yang lama tak berjumpa menegur, "Eh, mengapa nampak cengkung, sakit ke?".

Yang jadi masalah sebahagian kita terlalu banyak wang dan ingin mendermakannya kepada pusat kecantikan @ kilinik kurus badan yang tumbuh macam cendawan di negara ini. Ada juga berkata sukar mendapatkan satu jam sehari untuk bersukan walaupun kita boleh luangkan masa untuk hal-hal lain (yang sesetengahnya tidak berfaedah) dalam tempoh masa 24 jam sehari.

Mungkin ada yang lebih suka nyawa putus asalkan nampak kurus!!


~ pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.