Monday, January 11, 2010

Apabila Lagu Pas Menang Anugerah TV3



Sabtu lepas saya ada menulis mengenai Anugerah Juara Lagu (AJL) ke- 24 dalam blog saya. Dan malam tadi selepas solat isyak, kerana tiada aktiviti lain saya cuma termangu di depan TV di rumah bersama keluarga. Kerana anak-anak begitu minat AJL, saya pun tumpang sekaki menontonnya. Apa  yang saya tonton hampir menepati apa yang saya ramalkan, kebanyakan artis wanita kita berpakaian seperti lupa kepada hukum Allah. Dalam banyak-banyak artis wanita yang menyanyi itu cuma seorang yang berpakaian agak sopan - Yuna.


Dan yang ironisnya Yuna dengan penampilan yang agak berbeza itu menang pula di tempat kedua. Lagu 'Dan Sebenarnya' nyanyian dan ciptaan sepenuhnya oleh Yuna sendiri  telah berjaya meraih kemenangan dan membawa pulang wang tunai RM15,000 serta trofi.

Yang menarik perhatian saya terhadap Yuna ialah intro lagu 'Yang Sebenarnya' itu yang berkali-kali menyeru nama 'oh bulan...bulan...bulan....bulan...bulan', entah berapa kali bulan disebutnya berulang kali. Tiba-tiba saya teringat bulan mengambang disalut latar belakang hijau!! Dan begitulah yang sebenarnya, bulan sentiasa dalam ingatan semua orang, termasuk mungkin juga Yuna.



Saya tidak tahu apa perasaan Rais Yatim yang turut hadir bersama isterinya malam tadi apabila Yuna menyeru-nyeru nama bulan berkali-kali. Saya rasa tentu dia kecil hati kerana tiada siapa yang menyeru nama oh keris....keris....keris,,,keris  dan dacing...dacing...dacing...dalam AJL itu.


~ pendikar gunung kriang

2 comments:

mn said...

JIKA LAGU YUNA JADI JUARA NO.1, SELEPAS TU MESTI KENA HARAM...kah kah kah kah

MENGANCAM KETENTERAMAN BERUK...kah kah kah kah

mack said...

YUNA bolehlah dijadikan MODEL atau IKON muslim macam mana kalau nak menyanyi yang penting ya tidak melalaikan dan dalam keadaan sopan juga menutup AURAT itu tang baik nya. BULAN disebut banyak kali menteri tak duduk senang lah malam tadi.Apa2 pun taniah buat YUNA selamat maju jaya bakal garaduan ini

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.