Saturday, January 9, 2010

Lepas Gereja Depa Ugut Nak Bakar Kereta Pula!



Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan semalam menunjukkan khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam henset mewahnya kepada wartawan-wartawan. Kandungan henset itu kononnya mengatakan terdapat golongan tertentu yang akan membakar kereta-kereta di kawasan Brickfields jika kereta-kereta terbabit mempunyai tasbih dan mempunyai artikel berunsurkan agama Kristian.

Siapa yang berani-berani menghantar SMS kepada Musa Hassan? Nak mampos ke, hantar SMS kepada ketua polis negara yang sangat berkuasa tu? Kalau hantar SMS puji Musa handsome atau  bini dia cantik tak apalah, ini hantar SMS  buat cerita palsu. Nak mampos betul!!


Siapa si-bangang yang berani hantar SMS kepada Tan Sri CPO ni? Bangang sungguh! Yang herannya di mana si-bangang ini dapat nombor telefon Musa? Biasanya nombor telefon orang besar-besar ni bukan senang nak dapat, belanja makan PA di pejabatnya pun belum tentu dapat nombor telefon bossnya. 


Jangan-jangan SMS itu sengaja direka-reka untuk mencetuskan kekacauan. Dan lepas jadi kacau bilau mudahlah ditubuhkan apa-apa badan seperti MAGERAN atau apa-apa lagi namanya bagi menyenangkan mulut rakyat ditutup dan parti dacing cap ayam  melebarkan kembali pengaruhnya yang kian pudar itu.

~ pendikar gunung kriang

1 comment:

Anonymous said...

Bila ada sms di antar, no telefon pengirim boleh di "trace"... nak buat atau tidak?

Post a Comment

Pengendali blog tidak bertanggung jawab atas komen yang disampaikan. Komen yang disampaikan adalah tanggung jawab anda sendiri.